Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

90% kambing korban sudah ditempah

Sep 29, 2014 | 5:42 PM
-

HAMPIR 90 peratus kambing yang ditawarkan Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) bagi ibadah korban tahun ini sudah ditempah.

Dalam satu kenyataan hari ini, JKMS mengumumkan sehingga hari ini (29 September), sejumlah 3,125 daripada 3,500 kambing yang ditawarkan tahun ini telah dijual.

Sebanyak 2,000 kambing dari Australia dan 1,500 kambing dari Ireland akan diterbangkan ke sini bagi ibadah korban tahun ini.

Hanya 93 kambing Australia dan 192 kambing Ireland masih belum ditempah.

Kambing biri-biri dari Australia berharga $499 seekor masih boleh didapati di Masjid Jamae Chulia.

Kambing biri-biri muda dari Ireland yang dijual pada harga $575 seekor pula boleh didapatkan di Masjid Malabar, Masjid Omar Salmah, Masjid Ahmad Ibrahim dan Masjid Hang Jebat.

Tempahan dan pendaftaran boleh dibuat di masjid-masjid di atas selagi stok masih ada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg