Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

97 pelajar sekolah rendah terima dermasiswa, disokong dalam pendidikan

Nov 20, 2023 | 07:16 PM



Sekitar setengah juta dolar telah diagih di bawah Dana Amanah Pendidikan (ETF) – Anugerah Dermasiswa Sekolah Rendah Merchant, memanfaatkan lebih 1,000 pelajar sejak ia ditubuhkan pada 2007.

Pada Ahad, seramai 97 pelajar sekolah rendah menerima $500 setiap seorang, dalam penyampaian anugerah tersebut yang diadakan di Safra Toa Payoh.

Ditubuhkan oleh Naib Presiden Eksekutif, Kejuruteraan, Teknologi & Pembangunan Produk Baru, Seatrium Limited, Profesor Aziz Amirali Merchant, dan Profesor Madya di Jabatan Perubatan, Universiti Nasional Singapura, Dr Reshma Aziz Merchant, dermasiswa itu mengiktiraf pelajar, dari keluarga mempunyai pendapatan isi rumah bulanan kasar $750 ke bawah, yang telah berprestasi baik di sekolah.

Salah seorang penerima anugerah itu ialah Ariana Ellysha Abdul Hadhi, sembilan tahun yang merupakan seorang pelajar darjah tiga di Sekolah Rendah Yumin.

Anak kelima daripada tujuh adik beradik berumur antara empat hingga 20 tahun itu, telah berjaya meraih Peringkat Pencapaian (AL) satu dalam tiga subjek semasa peperiksaan akhir tahun.

“Dermasiswa ini akan membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kerana suami saya, seorang penolong pengurus restoran, adalah pencari nafkah tunggal.

Sebagai seorang ibu, saya akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik daripada apa yang saya mampu. Saya akan menyediakan persekitaran yang selesa dan makanan berkhasiat serta membantu anak saya dalam kerja sekolah mereka, terutamanya semasa tempoh peperiksaan,” kata Cik Zalina Ibrahim, ibu Ellysha, 44 tahun, kepada Berita Harian.


Semasa majlis itu, Profesor Aziz dan Dr Reshma menandatangani dua perjanjian dengan Yayasan Mendaki untuk melanjutkan ETF, yang merangkumi Perjanjian Anugerah Dermasiswa Sekolah Rendah Merchant dan Yayasan Mendaki serta Perjanjian Biasiswa Merchant selama tiga tahun lagi dari 2024 hingga 2026.

“Saya dan Dr Reshma gembira dapat terus menyokong pelajar kami melalui pendidikan. Kami melihat ini sebagai pelaburan untuk masa depan masyarakat kami dan Singapura.

“Dengan Mendaki, kami menyokong impian dan peluang. Kami menggalak rakan profesional dan perniagaan untuk menyertai perjalanan ini dalam memberi inspirasi kepada masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat,” ujar Profesor Aziz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >