Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara berbuka beramai-ramai di Kampong Glam disambut baik

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



BERBUKA puasa beramai-ramai dalam suasana penuh ukhwah, apatah lagi bertempat di kawasan bersejarah yang dekat dengan hati masyarakat Melayu-Islam Singapura, memang memberi pengalaman yang manis.



Itulah yang dirasakan mereka yang berkesempatan menyertai iftar beramai-ramai di sekitar Kampong Glam, meliputi sepanjang Bussorah Street dan Arab Street pada Sabtu.



Dianjurkan oleh One Kampong Gelam, acara iftar yang menjadi sebahagian acara Raikan Cahaya Ramadan itu juga bertujuan amal untuk membantu benefisiari daripada beberapa badan kebajikan dan dari GRC Jalan Besar.



Pengerusi One Kampong Gelam, Encik Zaki Maarof memberitahu Berita Harian: "Idea iftar beramai-ramai ini adalah untuk merangkumkan semangat memberi kembali se mpena Ramadan, yang pada dasarnya adalah perayaan kebersamaan kampung pada zaman moden.



"Ia bertujuan untuk memupuk ikatan kaum meneruis hidangan tadiional Melayu."



Sesi berbuka puasa itu boleh menampung 1200 pengunjung. Selain itu, ia juga menyertakan pemberian amal dengan peserta menaja meja untuk benefisiari dari Dana Masyarakat, AMP Singapura, Majlis Ugama Islam Singapura dan beberapa badan kebajikan lagi.



Selain itu badan kebajikan Vision21 dan agensi pelancongan TravelConnect.Sg juga menderma Ramadan Beg Runcit dan Kuih Hari Raya di acara itu.



Hadir di acara itu ialah Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee dan Mayor Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua.



Menurut satu kenyataan penganjur, pelbagai acara lain dianjurkan di kawasan itu sempena Ramadan ini.



Ini termasuk Kutipan Amal, berlangsung dari 7 hingga 16 April, pasukan One Kampong Gelam akan bekerjasama dengan rakan-rakan dari Helwa's Gourmet dan Enniche untuk menguruskan pusat pengumpulan di 45 Sultan Gate di mana pengunjung boleh menyumbangkan pakaian yang masih baik, makanan tahan lama dan bahan keperluan rumahtangga. Semua barangan akan disatukan, kemudian diagihkan kepada mereka memerlukan bantuan di penghujung.



Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai juadah di bazar di Baghdad Street, Kandahar Street dan Sultan Gate, selain persembahan hiburan dan pencahayaan LED yang memainkan visual-visual menarik di dinding-dinding bangunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >