Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ada petanda di lantai MRT... arah tuju lebih jelas

Aug 18, 2022 | 06:16 AM



TIDAK dapat melihat papan tanda kecil di sekitar stesen MRT dan persimpangan bas, Encik Rosli Anjang Al Faqir, penghidap penyakit demensia tahap awal, sering berasa keliru dan selalu juga sesat di tempat-tempat demikian.



Namun, ketika berjalan di sekitar stesen MRT Chinatown semalam, warga berusia 58 tahun itu mendapati lebih mudah mencari arah di tempat yang luas itu dengan berpandukan inisiatif Find Your Way (Cari Jalan Anda).



Melalui kerjasama SBS Transit dan Demensia Singapura, inisiatif itu dilancarkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, semalam.



Ia bertujuan membantu mereka yang mempunyai demensia mencari arah yang betul di stesen MRT dengan selamat - sampai ke pintu keluar ke destinasi yang ingin dituju.



Ditemui semalam, Encik Rosli berkata inisiatif itu akan membolehkan beliau mencari jalan keluar dari stesen MRT itu dengan lebih mudah.



"Saya tidak dapat melihat papan tanda yang sedia ada kerana ia kecil bagi saya.



"Dengan adanya pelekat yang terdapat di lantai dan sekeliling stesen MRT, ia membolehkan saya mengenali pintu keluar yang saya ingin tuju dengan lebih mudah," katanya.



Laporan lanjut - Muka 3




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >