Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Agensi pemerintah bersedia tangani kesan jerebu: NEA

Sep 17, 2019 | 1:51 PM
Kawasan Bukit Timah dilanda jerebu pada 17 September pada sekitar 7 pagi. Foto - BH oleh NG SOR LUAN
Kawasan Bukit Timah dilanda jerebu pada 17 September pada sekitar 7 pagi. Foto - BH oleh NG SOR LUAN -

AGENSI pemerintah bersedia untuk menangani kesan jerebu, menurut kenyataan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Pasukan Petugas Jerebu (HTF) pemerintah, yang diterajui NEA dan dirangkumi 28 agensi pemerintah, bersiap sedia untuk "mengurangkan dan menangani kesan jerebu pada orang awam," kata NEA.

Agensi pemerintah dalam pasukan petugas mempunya perancangan yang membolehkan tindak balas bergantung kepada keamatan jerebu, yang berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam dan ramalan.

NEA berkata bahawa agensi telah melaksanakan perancangan dan nasihat untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam - terutama sekali golongan orang tua, wanita hamil, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit paru-paru dan jantung kronik - semenjak PSI mencecah paras tidak sihat di daerah barat Singapura pada Sabtu (14 September)

HTF bertemu pada Mei setiap tahun, pada mula musim kering/kemarau, untuk membincang tentang cuaca dan keadaan jerebu, dan untuk mengemas kini perancangannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg