Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Agensi, pengawal keselamatan persoal diminta tanggung penuh kos ujian kerap

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



ADALAH tidak adil pembeli perkhidmatan memindahkan sepenuhnya kos ujian Covid-19 kerap kepada agensi keselamatan atau pengawal keselamatan jika peruntukan bagi ujian itu tidak termasuk dalam kontrak awal, kata Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE).



Dalam satu surat yang diedar kepada pembeli perkhidmatan dan dilihat Berita Harian, Setiausaha Agung USE, Encik Raymond Chin, berkata kesatuan itu menerima beberapa maklum balas bahawa sesetengah pembeli perkhidmatan menghendaki agensi keselamatan atau pengawal keselamatan menanggung kos kit ujian pantas antigen (ART) sendiri.



Ini selepas Kementerian Tenaga Manusia (MOM) baru-baru ini mengeluarkan beberapa nasihat tentang vaksinasi Covid-19 di tempat kerja dan rejim "vaksin atau ujian kerap", yang memerlukan pekerja tidak divaksin dalam beberapa sektor dipilih menjalani ujian ART dua kali seminggu.



"Pendirian USE ialah jika peruntukan ujian ART sendiri tidak termasuk dalam kontrak keselamatan sumber luar pada awalnya, adalah tidak adil mengenakan kos ini sepenuhnya ke atas agensi keselamatan atau pengawal keselamatan.



"Kami menggesa semua pembeli perkhidmatan berbincang bersama rakan agensi keselamatan mereka tentang cara terbaik menguruskan kos ini," kata Encik Chin dalam surat itu.



Beliau juga menggesa perbadanan pengurusan hak milik strata (MCST) dan ejen pengurusan mematuhi garis panduan pemerintah dan tidak meminta pengawal keselamatan digantikan hanya kerana "pendedahan Covid-19 yang diandaikan".



Menjawab pertanyaan BH, Setiausaha Esekutif USE, Encik Steve Tan, berkata surat itu dikeluar selepas beberapa agensi keselamatan memberi maklum balas ada pembeli perkhidmatan meminta mereka atau pengawal mereka membayar kos ujian ART.



Beberapa pembeli perkhidmatan juga menetapkan syarat mereka sendiri, misalnya, apabila seorang pengawal menerima mesej "kontak rapat disyaki" oleh Kementerian Kesihatan (MOH), mereka tidak boleh dikerahkan bekerja.



Satu lagi contoh ialah pembeli perkhidmatan meminta agensi keselamatan menjalankan ujian pantas dan mudah (FET) ujian rutin berjadual (RRT) meskipun perkara ini belum diwajibkan bagi sektor keselamatan.



Sebelum ini, hanya pekerja dalam situasi lebih berisiko, seperti kedai makanan dan minuman, perlu menjalani ujian sendiri kerap.



Namun kini, pekerja pusat beli-belah, kakitangan pasar raya, pekerja penghantaran, dan pekerja pengangkutan awam dan privet perlu menjalani ujian itu juga.



Ini bermakna meskipun ujian itu belum diwajibkan bagi sektor keselamatan, pengawal keselamatan yang dikerahkan di pusat beli-belah perlu menjalaninya.



Encik Tan berkata beberapa pembeli perkhidmatan meminta ujian dijalankan dua kali seminggu, dan agensi keselamatan "akan mengalami kerugian ketara" jika diminta menanggung kos itu.



Kit ujian sendiri Covid-19 berharga antara $10 dengan $13 secara purata, bermakna agensi yang mempunyai 100 pegawai perlu membelanjakan $1,000 hingga $1,300 bagi setiap ujian, ujarnya.



"Kami menyokong keperluan melindungi pengawal kami dan masyarakat awam. Namun, kami meminta pembeli perkhidmatan mendekati agensi keselamatan mereka untuk membincangkan cara terbaik menangani isu ini secara bertanggungjawab," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >