Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ahli payung terjun Red Lions cedera semasa NDP: Keadaan stabil, tidak perlu pembedahan

NDP
Aug 10, 2022 | 08:12 PM



AHLI payung terjun Red Lions yang cedera semasa melakukan pendaratan di Pentas Terapung Marina Bay sewaktu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada Selasa (9 Ogos) kini dalam keadaan stabil dan semakin pulih di hospital, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada Rabu. (10 Ogos).


Pegawai Waran Ketiga (3WO) Jeffrey Heng mengalami beberapa kecederaan ketika beliau mendarat semasa acara NDP itu, tetapi tidak memerlukan pembedahan, kata Dr Ng dalam satu catatan Facebook, diiringi gambar 3WO Heng yang tersenyum sambil berehat di katil hospital.


“Beliau memerlukan masa dan pemulihan, tetapi pemulihan sepenuhnya dijangkakan,” tambahnya.

Dr Ng berkata Panglima Pasukan (CDF) dan Panglima Tentera Darat kedua-duanya telah melawat anggota pasukan Red Lions yang cedera itu.


3WO Heng adalah anggota pasukan tersebut yang terakhir, daripada 10 penerjun payung, yang melakukan pendaratan di Pentas Terapung Marina Bay, dan kemudian terpaksa diusung apabila cedera semasa melakukan pendaratan.


Kejadian yang berlaku kira-kira 6 petang itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penonton di pentas terapung itu selain orang ramai yang menyaksikan NDP di rumah.


Pada Selasa, Dr Ng berkata 3WO Heng berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan perubatan.


Dalam satu kenyataan berasingan, pihak tentera Singapura menyatakan melakukan pendaratan payung terjun di Pentas Terapung Marina Bay boleh menjadi sukar kerana angin bertiup kencang dan aliran udara yang boleh menjejas pendaratan.


“Syukurlah, 3WO Jeffrey menggunakan latihannya dan menggunakan kaedah Parachute Landing Fall semasa pendaratan itu, dan dengan itu mengelakkan kecederaan serius,” katanya.


“Terima kasih kepada warga Singapura atas semua ucapan dan sokongan mereka. Kami doakan agar 3WO Jeffrey cepat sembuh!”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >