Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AirAsia QZ8501: S'pura labuh tirai operasi mencari dengan kembalinya MV Swift Rescue

Jan 18, 2015 | 07:52 PM



SELEPAS 20 hari di laut, kapal yang menemui badan pesawat AirAsia yang terhempas, sudah pulang ke Singapura semalam, sekali gus melabuhkan tirai usaha negara ini dalam membantu Indonesia mencari bangkai pesawat itu.


Kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), MV Swift Rescue yang membawa 70 pegawai lelaki dan perempuan, tiba di Changi Naval Base dan telah disambut oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.


Dr Ng turut ditemani oleh Ketua Pasukan Pertahanan Encik Ng Chee Meng dan Ketua Angkatan Laut, Encik Lai Chung Han. 

Ketibaan MV Swift Rescue menandakan berakhirnya secara rasmi usaha Singapura dalam operasi pencarian berbilang negara, yang bermula pada 28 Disember lalu apabila pesawat AirAsia hildang daripada radar.


 Sejak itu, SAF telah mengerahkan lebih 400 kakitangan, dua pesawat RSAF C-130, dua helikopter Super Puma, lima kapal angkatan laut dan pasukan kenderaan dasar laut berautonomi (Autonomous Underwater Vehicle) seramai enam anggota dalam operasi itu. 


Dr Ng mengucapkan terima kasih kepada para pegawai di atas usaha mereka dan meninggalkan kesan dalam operasi pencarian berbilang negara itu. 


Beliau turut melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi mereka meskipun menghadapi cuaca yang buruk dan laut bergelombang. 


“Mereka sangat cekap, walaupun ia adalah musim cuti tetapi mereka telah memberikan respons yang sewajarnya sebagai askar, melakukan tugas mereka dan memberikan usaha terbaik bagi setiap tugasan yang diberikan,” kata Dr Ng. 


MV Swift Rescue, yang menemui badan pesawat AirAsia pada Rabu lalu telah meninggalkan kawasan serpihan pesawat tersebut di sekitar Kalimatan dua hari kemudian, selepas Indonesia mengatakan bahawa ia akan meneruskan usaha pencarian baki pesawat itu menggunakan sumbernya sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >