Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akademi latih pegawai, pemimpin khidmat awam pacu transformasi digital

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



PEGAWAI dan pemimpin dalam perkhidmatan awam yang berminat meningkatkan kemahiran digital dan menjadi lebih bersedia memacu transformasi digital dalam agensi masing-masing boleh menjalani latihan di sebuah akademik yang baru dilancarkan semalam.



Lebih 6,000 pegawai awam dijangka akan dilatih pada tahun pertama pelancaran Akademi Digital, yang diterajui oleh Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG).



Sebagai permulaan, akademi itu akan menawarkan sebanyak 55 program dalam bidang seperti pembangunan aplikasi, data dan analitik, serta keselamatan siber.



Lagi 40 program akan disediakan menjelang hujung Mac tahun depan.



Bercakap di acara pelancaran maya akademi itu semalam, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) Dr Janil Puthucheary berkata respons Covid-19 yang kukuh di Singapura telah mencerminkan bagaimana usaha membangun keupayaan digital sektor awam dan prasarana digital telah berhasil.



Respons kepada Covid-19 itu termasuk usaha melaksanakan jejak kontak digital hingga melancarkan pembelajaran di rumah untuk pelajar.



Beliau berkata Singapura tidak harus memperlahan usahanya dalam membangun pemerintah digital, sambil menambah bahawa semua peranan perkhidmatan awam memerlukan pegawai untuk mempunyai sekurang-kurangnya tahap asas kemahiran celik digital.



"Bagi pemimpin perkhidmatan awam, termasuk saya sendiri, kita harus memahami isu-isu untuk mengenal pasti keutamaan dan piawaian dalam transformasi digital sektor awam.



"Bagi karyawan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang bekerja dalam kalangan kita, mereka memerlukan lebih daripada itu. Ini bermaksud memperdalam kepakaran anda sambil mengembangkan dan mengemas kini kemahiran dan alat yang anda kenali," kata Dr Janil.



Institut Sains Sistem di Universiti Nasional Singapura (NUS-ISS) merupakan rakan operasi akademi itu, dan seramai sembilan pemain industri telah bekerjasama dalam membangun kurikulum itu, dan lebih ramai dijangka akan menyertai kerjasama tersebut.



Rakan kerjasama itu termasuk Amazon Web Services, Coursera, Google, dan Microsoft.



Akademi itu akan menyampaikan kursus dalam pelbagai format, termasuk kuliah maya dan peribadi, bengkel, ceramah mengenai teknologi dan hackathon.



Peluang latihan di tempat kerja juga akan disediakan.



Dalam ucapannya di acara maya itu, pengarah urusan negara Accenture Singapore, Cik Ng Wee Wei, berkata 88 peratus warga Singapura mahu agensi pemerintah bekerjasama dengan sektor swasta untuk mengembangkan perkhidmatan awam yang lebih inovatif, menurut satu kajian Accenture.



Penubuhan Akademi Digital itu akan menjadikan pembelajaran lebih mudah diakses, dan melengkapkan usaha untuk membantu pegawai mengikuti perkembangan transformasi digital, tambahnya.



Beliau turut memetik satu tinjauan Accenture yang menunjukkan bahawa satu dalam dua daripada pekerja yang telah meninggalkan perkhidmatan awam akan mempertimbangkan untuk menyertai kembali sektor awam didorong semangat kewarganegaraan dan keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat.



"Pemimpin disarankan untuk memupuk semangat ini bagi menyemak semula dan meningkatkan pengalaman pekerja dalam agensi perkhidmatan awam," katanya.



Mereka boleh melakukannya dengan memanfaatkan teknologi dan mengubah persepsi tentang apa yang pemerintah lakukan melalui inovasi, tambahnya.



Maklumat lanjut mengenai Akademi Digital boleh didapati di http://thedigitalacademy.tech.gov.sg.



Pegawai awam yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh akademi itu boleh melakukannya melalui sistem permintaan latihan pertubuhan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >