Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akhlak aspek paling penting dalam capai kesepaduan sosial

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



KELAKUAN atau akhlak adalah aspek paling penting pada diri seorang dalam usaha mencapai kesepaduan sosial.



Menyatakan demikian ketika ditemui media pada hari pertama Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) kelmarin, Presiden Majlis Imam Queensland, Australia, Imam Uzair Akbar, berkata kelakuan baik boleh ditunjukkan dengan tindakan semudah melontarkan senyuman kepada orang lain termasuk yang tidak dikenali.



"Kelakuan adalah perkara paling penting dan orang lain, sebelum mereka tahu agama kita, bagaimana kita di dalam, mereka akan menilai kita melalui akhlak kita dahulu," katanya.



Imam Uzair, seorang ulama yang disegani dan pemimpin terkemuka dalam masyarakat Islam Australia, merupakan antara ahli panel bagi sesi pleno yang diadakan kelmarin yang membincangkan topik bagaimana agama boleh merapatkan jurang.



Dalam ucapan pembukaannya di sesi itu, beliau telah menceritakan bagaimana seorang lelaki penganut Kristian yang ditemui di pasar raya memulakan perbualan dengannya hanya kerana beliau senyum kepada lelaki itu.



"Jika bahasa tubuh atau wajah kita tidak memberi keselesaan kepada orang di sekeliling kita, kita tidak akan berjaya (mencapai kesepaduan sosial)," kata Imam Uzair semasa sesi pleno itu.



Beliau turut berkata bahawa pengorbanan perlu dilakukan untuk mencapai kesepaduan sosial.



Merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran yang menyebut tentang 'penyakit sosial' yang harus dielakkan seperti mengumpat dan mengejek orang lain, beliau berkata:



"Kita perlu menjauhi apa-apa yang boleh menyakiti perasaan mana-mana manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim.



"(Jika kita mahu berjaya), inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan. Mungkin ada sesuatu yang kita mahu katakan atau lakukan, tetapi sebelum mengatakan atau melakukannya, kita perlu fikirkan dahulu sama ada ia bermanfaat, merbahaya atau memudaratkan? Adakah ia akan mengecilkan hati sesiapa? Jika kita boleh mengambil cara fikiran itu dan hidup berdasarkan itu, kita akan mencapai kejayaan," kata Imam Uzair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >