Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Akta baru beri tumpuan kepada aspek pemulihan, bukan hanya hukum

Faishal: Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum juga ingin beri lebih ruang bangunkan persefahaman lebih baik
Sep 06, 2021 | 05:30 AM



RANGKA tidak berunsur hukuman yang akan dirangkumi dalam satu undang-undang baru yang akan diperkenal untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di sini berniat memberi tumpuan kepada aspek pemulihan dan pembelajaran, dan bukan sekadar aspek menghukum.



Berkata demikian semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim turut menarik perhatian bahawa Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum itu juga bertujuan memberi lebih ruang kepada warga membangunkan persefahaman yang lebih baik dan mengukuhkan keharmonian kaum dalam kalangan warga.



"Saya ingin (meyakinkan) masyarakat bahawa kita melakukan ini dengan niat dan semangat bukan sahaja untuk mengekalkan keharmonian kaum, tetapi kita faham bahawa setiap... individu dan warga mempunyai perjalanan yang berlainan dalam memahami dan mendalami... cara kehidupan rakan dan jiran tetangga mereka yang datang daripada bangsa yang berlainan," ujar Dr Faishal semasa satu wawancara dengan media bahasa Melayu setempat di ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) di New Phoenix Park semalam.



Tambahnya, apa yang berlaku selepas individu itu melakukan kesalahan adalah lebih penting kerana selepas beliau menyedari bahawa beliau telah melakukan satu kesilapan dan mahu membetulkannya, semangat ini dapat mengukuhkan keharmonian kaum di sini.



"Kesannya sangat kuat dan potensinya juga sangat mendalam.



"Justeru, kita mahukan semangat dan niat ini boleh difahami semua lapisan masyarakat supaya mereka melihatnya sebagai satu tunggak dalam pembangunan Singapura kerana untuk membangunkan keharmonian kaum, ini bukan sahaja dari segi mengadakan rang undang-undang.



"Kita memerlukan proses, pendekatan dan bagaimana setiap individu di Singapura boleh memainkan peranan mereka masing-masing," kata Dr Faishal.



Namun tambahnya, sekiranya terdapat individu yang melakukan kesalahan serius walaupun mereka memahami apa yang mereka lakukan, telah mendapat pendedahan dan mereka tahu ia salah, aspek hukuman mungkin akan dilaksana.



Menyifatkannya sebagai satu undang-undang penting, Dr Faishal berkata ini menjejas semua masyarakat di Singapura dan oleh itu, satu perundingan akan diadakan bersama pihak berkepentingan untuk mengkaji bagaimana untuk membangunkannya dengan lebih berkesan.



Dr Faishal berkata badan Melayu/Islam setempat juga boleh memainkan peranan dalam usaha mengukuhkan keharmonian kaum di sini.



Antara lain, badan Melayu/Islam di sini boleh bekerjasama dengan badan bukan Melayu/Islam demi kebaikan semua warga di negara ini, ujarnya.



Mereka juga harus memahami semangat dan niat Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum dan meninjau bagaimana program yang mereka laksanakan boleh menyumbang kepada proses ini.



"Kami hendak membangunkan landskap di mana semua individu dan pertubuhan menjadi pihak berkepentingan dalam proses membangun, menegakkan dan menjalankan proses keharmonian kaum di Singapura," ujar Dr Faishal.



Walaupun warga boleh berasa bangga dengan Singapura yang telah membangun sebagai sebuah negara yang aman damai, dengan semua kaum boleh hidup menghormati satu sama lain, beliau berkata ini masih tidak sempurna dan usaha ini merupakan satu proses yang perlu terus dijalankan dan dikukuhkan.




BANGUNKAN PERSEFAHAMAN LEBIH BAIK



"Saya ingin (meyakinkan) masyarakat bahawa kita melakukan ini dengan niat dan semangat bukan sahaja untuk mengekalkan keharmonian kaum, tetapi kita faham bahawa setiap... individu dan warga mempunyai perjalanan yang berlainan dalam memahami dan mendalami... cara kehidupan rakan dan jiran tetangga mereka yang datang daripada bangsa yang berlainan."



BADAN MELAYU/ISLAM SETEMPAT BOLEH MAINKAN PERANAN



"Kami hendak membangunkan landskap di mana semua individu dan pertubuhan menjadi pihak berkepentingan dalam proses membangun, menegakkan dan menjalankan proses keharmonian kaum di Singapura."
- Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >