Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Akta dilulus bagi LTA selaras penggunaan kenderaan elektrik

May 12, 2021 | 05:30 AM



PINDAAN kepada Akta Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang antara lain bertujuan memberi kuasa kepada LTA sebagai pengawal penggunaan selamat kenderaan elektrik (EV) telah diluluskan di Parlimen semalam.



Ini bermakna LTA juga akan bekerjasama dengan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) berhubung usaha membina prasarana bagi EV, termasuk tempat mengecas kenderaan tersebut.



Seramai 10 Anggota Parlimen (AP) telah menyertai bahas rang undang-undang itu dengan beberapa AP mengutarakan isu keselamatan sebagai isu utama yang perlu ditangani.



Meski menyokong penubuhan peranan LTA untuk menyelaraskan EV dan bersetuju bahawa EV merupakan langkah ke hadapan seperti mana yang ditonjolkan ekonomi maju yang lain, Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) bagaimanapun berkata lebih banyak perbincangan dan jaminan berhubung isu keselamatan berkaitan EV perlu dijalankan.



Membentangkan empat keprihatinan, Encik Saktiandi berkata isu keselamatan merupakan keutamaan memandangkan kebanyakan stesen mengecas terletak di estet perumahan dan bangunan komersial.



Menurutnya ada penduduk yang bertanya sekiranya tambahan kepada tapak mengecas akan menyebabkan penggunaan elektrik secara berlebihan dan mengecas melebihi tempoh yang diperlukan, yang boleh menyebabkan kebakaran atau lebih teruk, letupan.



"Terdapat beberapa kes kebakaran dan letupan akibat alat mobiliti peribadi (PMD) yang dicas semalaman, justeru ada yang bertanya jika senario sedemikian boleh berlaku ke atas EV jika dibenarkan dicas semalaman," katanya.



Menjawab, Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, akur bahawa isu keselamatan memang menjadi keutamaan bagi semua kegunaan EV dan bahan pengecas.



Oleh itu, LTA mematuhi piawaian keselamatan yang ketat. Misalnya LTA memastikan kuasa elektrik EV perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah.



Turut mengutarakan aspek keselamatan ialah Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol) yang menyarankan agar jurutera yang mempunyai peranan dalam aspek pengaturan mempertingkat kemahiran untuk memahami lebih mendalam tentang EV bagi memastikan kegunaannya dengan selamat.



"Bagi menggalak dan mengawal kegunaan EV dengan selamat, kita perlu memahami teknologi baru ini. Ia memerlukan set kemahiran yang berbeza daripada apa yang ada hari ini. Jurutera di LTA perlu memahami teknologi bateri, amalan selamat bagi pembuangan bateri dan prasarana elektrikal agar dapat menyelaras penggunaan selamat EV," katanya.



Beliau menambah memandangkan ia merupakan tanggungjawab LTA untuk menyelaras penggunaan selamat kenderaan ini, adalah penting untuk pegawai dalam pihak kementerian dilengkapi dengan pengetahuan sewajarnya untuk menangani teknologi baru selain mendekati dasar pengamalan kenderaan EV daripada sudut yang lebih holistik.



Akur, Encik Baey berkata teknisyen dan mekanik perlu dilengkapi dengan kemahiran tertentu untuk beralih kepada peluang pekerjaan masa depan. Ini akan dilakukan dengan bekerjasama dengan pelbagai individu berkepentingan, kesatuan, syarikat dan agensi pembangunan kemahiran bagi memastikan pemindahan yang selamat kepada EV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >