Subuh
5:40
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Aktif dalam kerja kemasyarakatan, dapat inspirasi dari ibu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Siswazah seronok belajar & buru minat

Aktif dalam kerja kemasyarakatan, dapat inspirasi dari ibu

Dec 18, 2021 | 05:30 AM

MINAT Cik Hani 'Aiman Mohamed Ishak terhadap perkhidmatan masyarakat sehingga mencatatkan masa selama 220 jam dalam kerja kemasyarakatan apabila lulus dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU) tahun lalu terbukti menyerlah.

Jumlah masa yang dicatatkannya itu jauh melebihi kriteria yang diperlukan.

Antara kriteria untuk lulus sarjana muda di SMU, pelajar harus memenuhi sekurang-kurangnya 80 jam perkhidmatan masyarakat.

Meluahkan bahawa antara sebab beliau melibatkan diri dengan perkhidmatan masyarakat adalah inspirasi dari ibunya, seorang ahli Jawatankuasa Penduduk (RC) di kawasan rumahnya.

"Saya suka menolong orang dan mungkin mengambil inspirasi dari ibu juga kerana sejak kecil melihat ibu membantu mereka yang memerlukan," kongsi anak bongsu keluarga enam beradik itu.

Mengongsi lanjut mengenai sumbangannya di SMU, beliau menceritakan bahawa beliau telah memimpin sebuah projek masyarakat yang dinamakan Projek Xing Fu.

Projek itu bertujuan membantu dan mendidik kanak-kanak dan guru Islam yang kurang bernasib baik di wilayah Guizhou, China.

Cik Hani, 25 tahun, dilantik sebagai Ketua Program bagi anjuran projek itu pada 2016, dan dipilih untuk menjadi ketua pada 2017.

Cik Hani adalah antara 2,921 pelajar SMU yang kini dapat menghadiri upacara konvokesyennya yang tertangguh setahun akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Sistem Maklumat.

"Saya berasa amat gembira apabila mendapat tahu majlis diadakan secara fizikal... mula-mula ingat terpaksa terima hakikat bahawa upacara tersebut terus ditiadakan gara-gara pandemik," ujar beliau yang kini bekerja sebagai konsultan media.

Cik Hani juga mengongsi bahawa pendidikannya di SMU telah membantunya meraih pelbagai kemahiran.

"SMU telah membantu pelajar dalam kemahiran seperti berucap di khalayak ramai dan mereka juga sangat menggalak para pelajar menjalankan latihan amali untuk menimba pengalaman sebelum bekerja.

"Selain itu, mereka juga menekankan kepentingan resume dan membimbing kami cara-cara untuk menghasilkan resume yang baik," jelas beliau.

Penglibatan Cik Hani di sekolah sangat meluas. Beliau juga telah menyertai Kelab Bahasa & Budaya Melayu di SMU dan aktif dalam bidang teater dan muzik.

Menurut beliau, masa disumbangkan terhadap kelab tersebut juga merupakan sebagai kerja kemasyarakatan kerana ia berkhidmat untuk masyarakat Melayu/Islam.

Beliau telah membantu dalam penulisan skrip bagi kumpulan teater Persadamu dan juga anggota aktif dalam permainan perkusi yang dipanggil Rentak.

Walaupun kini sudah menamatkan pengajiannya di SMU, beliau masih aktif dengan kumpulan Rentak dan menyertai persembahan-persembahan yang dianjurkan.

"Dengan jadual pekerjaan yang padat, ini sahaja sumbangan saya kepada masyarakat sejauh ini.

"Namun saya akan terus mencuba untuk mengimbangi masa supaya dapat menghulurkan lebih banyak bantuan kepada golongan yang memerlukan," tambah beliau.


"Saya suka menolong orang dan mungkin mengambil inspirasi dari ibu juga kerana sejak kecil melihat ibu membantu mereka yang memerlukan... Namun saya akan terus mencuba untuk mengimbangi masa supaya dapat menghulurkan lebih banyak bantuan kepada golongan yang memerlukan."
- Cik Hani 'Aiman Mohamed Ishak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3