Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aktivis terpaksa bayar bagi dapatkan semula kereta yang dicuri di JB

May 19, 2016 | 11:24 AM



SEORANG aktivis kebajikan haiwan mendapat semula keretanya, kira-kira 24 jam setelah ia dicuri Johor Baru pada petang Isnin (16 Mei).



Bagaimanapun, Encik Derrick Tan, yang membeli kereta terpakai Toyota Mark X itu hanya beberapa minggu lalu, membayar jumlah yang tinggi untuk mendapatkannya kembali.



Satu sumber memberitahu akhbar The Straits Times beliau, 35 tahun, membayar jumlah empat angka dalam dolar Singapura kepada sebuah sindiket curi kereta.



Selain itu, sistem pencucuh kereta tersebut rosak dan wang tunai serta barang-barang peribadi di dalamnya lesap.



Hanya pasport, kad pengenalan, lesen memandu dan beberapa dokumen insurans masih ada.



Pengalaman pahit Encik Tan bermula apabila beliau pergi urut bersama tiga kawan di Yisheng Reflexology di Jalan Serampang, kira-kira 7km dari Pusat Pemeriksaana Woodlands, pada 8.15 malam.



Oleh kerana tempat letak kereta berhampiran rumah urut itu sudah penuh, beliau meletak keretanya lebih jauh sedikit.



Apabila Encik Tan kembali ke keretanya dua jam kemudian, ia telah lesap.



Encik Tan, yang mempunyai ramai pengikut di Facebook kerana kerja-kerja kebajikan haiwannya bersama Voices For Animals, memuat naik rayuan bagi bantuan di Facebook pada Isnin malam.



Pos itu, yang dikongsi lebih 8,000 kali, kemudian dipadam dan satu pos baru disiarkan selepas 2 pagi Rabu, yang menyatakan kereta itu telah ditemui dan Encik Tan sudah pulang ke Singapura.



Encik Tan mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang menyokongnya.



Pencuri kereta itu juga menggunakan kad kredit Encik Tan, yang beliau telah batalkan dengan cepat.



Apabila Encik Tan melaporkan kes itu kepada polis Malaysia dan berkata ia kereta Toyota, mereka meneka ia model Mark X.



"Polis berkata mereka (pencuri) suka Toyota Mark X kerana bahagian-bahagiannya mudah dijual," katanya.



Encik Tan berkata polis memberitahu beliau pencuri kereta mempunyai alat yang boleh membuka dan mematikan penggera kereta Toyota dan Honda dengan cepat.



"Menakutkan jika kehilangan kereta anda di Johor Bahru. Saya hanya mahu orang ramai lebih sedar tentang bahaya apabila mereka memandu di sana," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >