SUNTIKAN BAHARU: Ruang solat di Masjid Al-Falah yang kini berhawa dingin sepenuhnya tampak indah seiring candelier tajaan dari Dubai. Ia juga boleh memuatkan tambahan 500 jemaah - menjadikan 2,000 sepenuhnya - setelah selesai di bawah projek naik taraf bernilai $2.64 juta di bawah Fasa 2 Program Peningkatan Masjid (MUP). -
KESEGARAN MENYERLAH: Masjid kosmopolitan di tengah-tengah Orchard Road, Masjid Al-Falah, kini berwajah baharu, tampak lebih segar dari luar dengan pintu masuk yang dipertingkatkan. Ia membentuk sebahagian daripada pembangunan pelbagai guna termasuk perumahan pemium serta apartmen servis yang moden. - Foto-foto ZAINAL YAHYA -
UMPAMA PINTU BILIK: Sekali pandang ia kelihatan tidak ubah seperti sebuah bilik. Sebenarnya ini adalah pintu menaiki lif iaitu satu kemudahan terkini yang diperkenalkan di Masjid Al-Falah bagi mempermudah jemaah kurang upaya dan berkerusi roda untuk naik ke aras kedua. Kelihatan (dari hadapan) Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Hassan Maricar; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim; dan Pengerusi Eksekutif Masjid Al-Falah, Haji Yahya Hashim. -
ISTIMEWA BUAT BELIA: Golongan belia di Masjid Al-Falah kini berpeluang duduk bersantai dalam persekitaran lebih selesa di dalam bilik khas yang dikhususkan buat mereka. Bilik di aras kedua ini boleh memuatkan antara 25 dengan 30 orang belia bagi membolehkan mereka duduk berbincang dan menjalankan pelbagai kegiatan. -
PANTRI MASJID: Di sinilah jemaah boleh duduk bersantai sambil menghirup minuman panas dan menjamu selera dengan juadah seperti nasi, mi dan kuih-muih. -
RUANG SOLAT ARAS KEDUA: Beginilah rupa ruang solat wanita yang turut diperluas setelah diperolehi daripada 12 petak meletak kereta dari Cairnhill Place di Bideford Road. Untuk solat Jumaat, ruang solat wanita ini digunakan untuk jemaah lelaki. -

Jumaat lalu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, merasmikan berakhirnya projek naik taraf Masjid Al-Falah di Orchard Road. Projek bernilai $2.64 juta di bawah Fasa 2 Program Peningkatan Masjid (MUP) itu menyuntik beberapa pembaharuan kepada masjid yang berusia 29 tahun itu. HASLEEN BACHIK (hasleen@sph.com.sg) melaporkan.