Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Amah dihukum penjara kerana curi barang milik majikan

Jul 21, 2014 | 6:06 PM
-

SEORANG pembantu rumah yang mencuri barangan majikannya bernilai lebih $60,000 telah dihukum penjara 14 bulan.

Mellysa, 30 tahun, warga Indonesia, mengaku bersalah terhadap lima tuduhan mencuri barangan majikannya dan ahli keluarga majikan di sebuah kondominium di Draycott Drive, antara bulan Mac dan Mei tahun ini.

Lima lagi tuduhan yang lain telah diambil perkiraan semasa hakim menjatuhkan hukuman itu.

Mahkamah Daerah diberitahu bahawa Mellysa mula mencuri sebaik sahaja dia mula bekerja untuk Cik Karen Yip Ka Ling, 47 tahun, awal tahun ini.

Dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda atas setiap pertuduhan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg