Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

'Ambil vaksin tidak batalkan puasa'

Penjelasan Pejabat Mufti yang disiarkan di akaun Facebook, ujian swab menerusi hidung juga dibolehkan dalam Ramadan
Mar 18, 2021 | 05:30 AM



PEJABAT Mufti telah menjelaskan bahawa mengambil vaksin semasa Ramadan tidak akan membatalkan puasa seseorang.



Penjelasan itu diberi berikutan beberapa pertanyaan yang diterima Muis daripada anggota masyarakat Melayu/Islam yang bakal menjalani vaksinasi pada bulan puasa nanti.



Menurut kenyataan Pejabat Mufti yang disiarkan di akaun Facebook semalam, ujian swab menerusi hidung juga tidak membatalkan puasa.



Menjelaskan hal ini menerusi beberapa infografik, Pejabat Mufti berkata:



"Vaksin tidak membatalkan puasa seseorang kerana ia tidak melalui rongga-rongga terbuka di badan kita.



"Ia juga bukan sejenis makanan atau minuman yang memberi khasiat serta tidak mengenyangkan mereka yang lapar atau meredakan rasa haus."



Pejabat Mufti turut menggalak mereka yang layak menerima vaksin supaya tidak berlengah.



Ini kerana setiap anggota masyarakat mempunyai peranan untuk dimainkan, tambah Pejabat Mufti lagi.



"Kami juga ingin menggalak semua yang layak agar mendapat vaksin secepat mungkin.



"Memandangkan vaksin Covid-19 tidak menjejas puasa seseorang, adalah tidak perlu untuk menantikan sehingga selepas Ramadan untuk melakukan demikian.



"Semoga Allah s.w.t. melindungi kita dari sebarang bahaya dan memberi ganjaran di atas kesabaran kita semasa waktu-waktu yang mencabar ini," ujar Pejabat Mufti.



Perihal ujian swab menerusi rongga hidung pula, ia berkata bahawa ini adalah satu ujian untuk menentukan jika seseorang itu mempunyai virus Covid-19 dan bukan merupakan makanan atau minuman yang boleh membatalkan puasa seseorang.



Lantaran itu, kata Pejabat Mufti, jika seseorang perlu melakukannya, beliau digalak berbuat demikian bagi mengekang penyebaran virus itu dan melindungi kesejahteraan masyarakat.



Sementara itu, semasa bertemu media di pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, melahirkan rasa syukur bahawa ramai masyarakat Islam telah tampil ke depan untuk mendapatkan vaksin.



Ini termasuk ramai golongan muda yang membantu ibu bapa atau datuk nenek mereka untuk mendapatkan vaksin.



Lantaran itu, beliau berharap semangat itu akan berterusan meskipun jika slot mereka jatuh pada bulan Ramadan kerana ia tidak membatalkan.



"Ini kerana Covid-19 tidak mengenal bulan, semasa Ramadan juga boleh berleluasa, atau berjangkit maka kita mendapat vaksin itu jauh lebih baik daripada kita menantikan selepas Ramadan," ujarnya.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), mereka yang layak boleh mendapat suntikan vaksin di 31 pusat vaksinasi, di samping 20 poliklinik dan 22 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC).



Orang ramai digalak membuat janji temu di pusat-pusat vaksinasi, yang memiliki keupayaan lebih tinggi berbanding poliklinik.



Menjelang pertengahan April nanti, akan terdapat sejumlah 40 pusat vaksinasi di merata Singapura.




DAPAT VAKSIN LEBIH BAIK DARI TUNGGU SELEPAS RAMADAN



"...Ini kerana Covid-19 tidak mengenal bulan, semasa Ramadan juga boleh berleluasa, atau berjangkit maka kita mendapat vaksin itu jauh lebih baik daripada kita menantikan selepas Ramadan.''
- Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >