Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anak-anak dengan keperluan pembangunan: ECDA lancar panduan untuk ibu bapa

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



SEBELUM ini, Cik Nur Sa'adah Mohd Razif perlu mencari maklumat dan panduan yang mampu membantu anaknya dengan keperluan perkembangan dan pembangunannya.



Anaknya, Muhd Fahmi Muhd Faizal, mengalami masalah kelewatan pertuturan, ketika berusia tiga tahun.



Dengan sumber maklumat yang berbeza-beza dari pelbagai laman dalam talian, sukar bagi Cik Sa'adah mencari satu laman yang menyediakan semua maklumat yang diperlukannya.



"Dari pengalaman saya sendiri, tidak ada satu laman web khusus yang dapat memberi saya maklumat yang lengkap.



"Jadi dalam hal ini, saya perlu pergi ke Google dan melungsuri pelbagai laman untuk melihat maklumat apakah yang boleh saya perolehi tentang kelewatan pertuturan dan bagaimana sebagai ibu bapa, saya dapat membantu anak saya," kata beliau yang berusia 38 tahun.



Kini, ibu bapa dan pengasuh seperti Cik Sa'adah, tidak lagi perlu terburu-buru mencari sumber dan maklumat yang diperlukan dengan pelancaran panduan bagi ibu bapa untuk kanak-kanak yang memerlukan intervensi awal.



Panduan ini diterbitkan bersama oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dengan Kementerian Pendidikan (MOE), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Universiti Nasional (NUH) serta rakan kongsi daripada sokongan penjaga, masyarakat pembangunan awal dan intervensi awal kanak-kanak.



Ia dihasilkan berikutan cadangan daripada Kumpulan Kerja Prasekolah Inklusif untuk mengukuhkan sokongan bagi ibu bapa kanak-kanak dengan keperluan pembangunan.



Kumpulan kerja itu ditubuhkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2019.



Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling berkata dengan adanya panduan ini, yang boleh dianggap sebagai sebuah panduan sehenti, ibu bapa dan pengasuh boleh mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.



Beliau menambah panduan itu juga menggariskan beberapa cabaran yang mungkin dihadapi oleh ibu bapa, selain mengetahui saluran bantuan yang boleh mereka gunakan, serta maklumat tentang peristiwa penting dalam pembangunan kanak-kanak sebagai contoh seperti mendaftar ke sekolah rendah atau sekolah pendidikan khas.



"Daripada penglibatan kami dengan ibu bapa, kami sering mendengar maklum balas bahawa mereka terpaksa pergi ke beberapa laman web yang berbeza untuk mengetahui lebih lanjut tentang keperluan kanak-kanak yang sedang membangun. Ini kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada mereka.



"Justeru melalui penerbitan panduan ibu bapa ini, kami kini mempunyai panduan sehenti untuk ibu bapa yang ingin lebih memahami keperluan perkembangan anak-anak mereka," kata Cik Sun kepada wartawan selepas lawatannya ke prasekolah My First Skool di Blok 406 Woodlands semalam.



Bagi Cik Sa'adah, panduan itu amat berguna dan bermanfaat kepada setiap ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak dengan keperluan pembangunan.



"Selain maklumat berguna, panduan itu juga menyertakan juga pautan kepada video yang dihasilkan oleh pakar pembangunan kanak-kanak yang memberikan pandangan tentang perkembangan kanak-kanak, dan merupakan sesuatu yang amat berguna untuk diketahui," kata beliau yang menghantar anaknya, Fahmi, enam tahun, ke pusat My First Skool di Blok 406 Woodlands itu.



Pusat itu merupakan salah satu daripada tujuh prasekolah yang dirintis untuk menawarkan Program Sokongan Inklusif atau InSP.



Program itu yang diperkenalkan tahun lalu, menyediakan sokongan khusus untuk kanak-kanak dengan keperluan pembangunan dengan menggabungkan campur tangan awal dan khidmat penjagaan awal kanak-kanak



Buat masa ini, seramai 38 kanak-kanak telah mendaftar di tujuh prasekolah terpilih dalam program itu oleh ECDA.



Menurut Cik Sun, lebih banyak tempat akan ditawarkan sepanjang program itu dirintis, dengan sekitar 100 tempat untuk tiga tahun mendatang.



Program ini memenuhi keperluan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun, dengan keperluan pembangunan yang memerlukan sokongan campur tangan di paras pertengahan.



Ini akan membolehkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara bermakna sealiran dengan rakan sebaya mereka selain mengurangkan beban dan tekanan penjaga, yang mungkin timbul akibat perlu menghantar kanak-kanak tersebut antara dua pusat - prasekolah dan pusat campur tangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >