Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMULIHARA WARISAN

Anak muda penjaga Pulau Ubin

Aug 13, 2019 | 05:30 AM



Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh dan boleh diketepikan. Sebaliknya, ia adalah perkara yang mengisi jiwa anak bangsa. Ia mewujudkan satu ikatan yang merapatkan rasa kebersamaan dan menjadi citra yang menimbulkan rasa cinta dan setia kepada bangsa dan negara. BERITA HARIAN memaparkan tiga individu yang rapat dengan warisan mereka.



SEBAGAI seorang kanak-kanak, Encik Syazwan Majid tidak dihiburkan dengan cerita-cerita dongeng atau lagu kanak-kanak.



Sebaliknya, ibu beliau akan menceritakan kisah tentang kehidupan kampung di Pulau Ubin, di mana beliau dibesarkan.



Kisah-kisah itu dulunya 'agak menyakitkan' pemuda yang berusia 22 tahun ini.



Pada waktu itu, beliau gagal melihat perkaitannya "memandangkan saya membesar di Singapura pada tahun 2000-an".



Tetapi, apabila beliau semakin membesar, beliau mula menghargai cerita-cerita nostalgia ibunya berkenaan kehidupan kampung.



Ibunya, Cik Noorriah Sulong, telah tinggal di Pulau Ubin selama lebih 30 tahun sebelum berpindah ke tanah besar pada 1989.



Semasa cuti sekolah, keluarga tersebut akan membuat perjalanan sehari ke Pulau Ubin.



Ketika itu, beliau akan menyewa basikal yang boleh dinaiki dua orang, dan mereka akan berkelah di Chek Jawa sebelum melawat bekas jiran-jiran mereka.



"Visi ibu saya adalah tentang kampung yang sepatutnya menjadi rumah sejati.



"Visi inilah yang telah mencetuskan keinginan saya untuk mencari kegembiraan yang beliau tidak sempat nikmati,'' kata Encik Syazwan.



Beliau membuat kunjungan lebih kerap ke pulau itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang arwah datuk dan nenek serta bekas rumah keluarganya.



Pada 2018, beliau telah memulakan jurnal dalam talian untuk mendokumentasikan lawatan dan interaksinya dengan penduduk di Ubin.



Beliau juga menemui 818K, rumah lama keluarganya.



Beliau berjaya menemuinya selepas beberapa bulan dengan bantuan peta arkib lama dan setelah bercakap dengan penduduk-penduduk di situ.



"Rumah kayu tersebut telah ditinggalkan terbiar selama tiga dekad, dan hanya batu-batu asasnya sahaja yang tinggal.



"Walaupun begitu, saya tetap berasa lega dan teruja. Saya berasakan saya telah berhubung semula dengan satu warisan yang telah lama terpisah dengan saya," katanya.



"Kini, saya mempunyai perasaan yang sama seperti ibu saya ketika beliau seusia dengan saya.



"Saya juga berasa dekat dengan datuk dan nenek saya hanya dengan duduk di tempat yang sama, di mana mereka membesarkan ibu saya dan adik-beradiknya."



Bergenang air mata ibunya apabila beliau melihat rumah yang dibina oleh ayahnya kini telah tiada lagi.



Encik Syazwan kini merupakan seorang pegawai perhubungan komuniti di Pulau Ubin.



Menurutnya, beliau "berinteraksi dengan penduduk kampung untuk mencari cara bagi meningkatkan mutu hidup mereka sambil menganjurkan pemuliharaan daya tarikan kehidupan di kampung."



Beliau juga memulakan latihan pembersihan bulanan di pulau itu bersama sekumpulan sukarelawan.



Mereka turut membantu warga tua untuk membersih dan memangkas pokok-pokok di laman mereka serta membuang sampah sarap.



"Sekurang-kurangnya, inilah yang saya boleh lakukan untuk mengekalkan keindahan rumah kampung mereka.



"Saya berharap perjalanan saya untuk memulihkan warisan keluarga saya akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.



"Semua orang mempunyai kisah mereka yang tersendiri dan dalam setiap kisah ini, kita dapat membina identiti kita sendiri,'' ujarnya. - BT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >