Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

'Anak Ubin' kongsi warisan pulau, peri penting pemuliharaan alam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

'Anak Ubin' kongsi warisan pulau, peri penting pemuliharaan alam

Apr 19, 2021 | 05:30 AM

SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, blogger laman Wan's Ubin Journal, Encik Nor Syazwan Abdul Majid, melihat jumlah orang yang mengunjungi Pulau Ubin melonjak dua kali ganda.

Sebagai seseorang yang menyokong pemuliharaan dan meraikan budaya kampung serta alam semulajadi di Pulau Ubin, Encik Syazwan, 24 tahun, berkata kian ramai warga Singapura yang menyedari kepentingan memelihara alam sekitar bagi generasi akan datang.

Beliau menganjurkan lawatan mendaki di Pulau Ubin dua kali sebulan bagi pengikut blognya sejak Disember lalu, dan gembira semakin ramai orang mengambil minat dalam kegiatan tersebut.

Encik Syazwan memulakan jurnal dalam talian pada 2018 untuk mendokumentasikan lawatan dan interaksinya bersama penduduk di Pulau Ubin.

"Ibu saya sebenarnya tinggal di Pulau Ubin lebih 30 tahun sebelum beliau berpindah ke tanah besar pada 1989.

"Apa yang saya sedang lakukan dengan blog saya ialah mengongsi bersama orang ramai mengenai warisan pulau ini serta menyokong pemuliharaan dan meraikan budaya, masyarakat dan warisan yang terdapat di kampung di pulau ini.

"Jadi apabila terdapat trend lebih ramai orang berminat mengenai alam semula jadi kita serta kehidupan kampung, ia amat menggembirakan," kata Encik Syazwan.

Menurut Encik Syazwan, lonjakan jumlah pengunjung itu boleh dikaitkan dengan sekatan perjalanan dan penutupan sempadan dek pandemik Covid-19.

Kebanyakan daripada mereka yang menyertai kegiatan anjurannya di Pulau Ubin ialah rakan dan saudara-maranya.

Dengan meneroka tempat-tempat seperti itu, lebih ramai orang akan lebih memahami kepentingan memelihara alam sekitar, ujar anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu.

"Boleh dikatakan ramai yang datang ke sini ingin ambil angin baik di luar negara.

"Mereka mula menerokai pemandangan semula jadi dan pulau-pulau luar pesisir Singapura untuk melarikan diri dari bandar buat sementara waktu.

"Ketika mereka meneroka kawasan ini, saya percaya kesedaran terhadap alam sekitar menjadi lebih tinggi.

"Mereka bukan berjalan-jalan sahaja, malah menikmati dedauan, mengambil gambar bunga-bunga unik serta mempelajari mengenai jenis burung yang terdapat di sini," katanya.

Pulau Ubin mempunyai rumah kampung luar pesisir terakhir di Singapura.

Sebagai anak yang ibunya daripada masyarakat Pulau Ubin, Encik Syazwan berasa bertanggungjawab untuk belajar dan berkongsi mengenai akar umbinya di pulau itu.

"Saya rasa adalah penting untuk generasi muda dan yang akan datang belajar menghargai permulaan kita, kehidupan, tradisi dan budaya sederhana.

"Pulau Ubin adalah pulau indah, dan juga rumah kampung terakhir kami.

"Kehidupan kampung adalah contoh sangat baik mengenai pentingnya hidup bersama yang seimbang antara manusia dan alam - bagaimana alam memberi rezeki kepada kita, dan bagaimana kita harus menjaganya," ujar beliau, yang sedang menantikan melanjutkan pengajian di universiti.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3