Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aneka acara bagi pekerja migran sempena Deepavali

Nov 8, 2021 | 5:30 AM
SAMBUTAN DEEPAVALI: Encik Zaqy (empat dari kiri) bersama wakil pihak berkepentingan menyertai pekerja asing di Pusat Riadah Tuas South sempena sambutan Deepavali. - Foto Hope Initiative Alliance (HIA)
SAMBUTAN DEEPAVALI: Encik Zaqy (empat dari kiri) bersama wakil pihak berkepentingan menyertai pekerja asing di Pusat Riadah Tuas South sempena sambutan Deepavali. - Foto Hope Initiative Alliance (HIA) -

SEMPENA Deepavali, pekerja migran di Pusat Riadah Tuas South menikmati pelbagai kegiatan dan acara yang disusun khas buat mereka dari Khamis lalu hingga semalam.

Program itu dianjurkan Alliance of Guest Workers Outreach (AGWO) - sebuah gerakan di bawah Hope Initiative Alliance (HIA) - dengan kerjasama Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Pusat Riadah Tuas South serta pelbagai pihak berkepentingan lain dan badan agama.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, menyertai pekerja migran itu semalam bagi pelancaran khidmat agama dan program dalam talian bagi mereka.

AGWO juga bekerjasama dengan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) serta badan agama utama, termasuk Lembaga Endowmen Hindu (HEB), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Persekutuan Agama Tao (Singapura), Persekutuan Buddha Singapura (SBF) dan Perikatan Evangelis Singapura untuk melancarkan khidmat agama ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg