Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota Nuradee lebih sebulan dalam koma

Rebah secara tiba-tiba selepas makan malam di rumah mereka di Gelang Patah, Johor Bahru pada awal Ogos
Sep 11, 2021 | 05:30 AM



LEBIH sebulan penyanyi Mohd Noor Abdullah dari kumpulan setempat, Nuradee berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospital, dipercayai berkaitan dengan isu di bahagian otak.



Demikian dikongsi abangnya, Mohd Rashid Abdullah, atau lebih dikenali dengan panggilan Adee kepada wartawan.



Menurut Adee, 54 tahun, doktor belum dapat mengesahkan punca adiknya berada dalam koma begitu lama biarpun proses imbasan CT sudah dilakukan.



Bagaimanapun, pada awal minggu, Mohd Noor dikatakan membuka mata seketika.



Namun kebanyakan masa beliau tidur dan tidak memberi tindak balas kepada keadaan sekeliling, kata Adee.



Mohd Noor, 53 tahun, rebah secara tiba-tiba selepas makan malam di rumah mereka di Gelang Patah, Johor Bahru pada awal Ogos, kata Adee.



Beliau pada mulanya dimasukkan ke hospital swasta Gleneagles Hospital Medini Johor dan dirawat di Unit Jagaan Rapi selama dua minggu.



Memandangkan bil hospital agak tinggi, kata Adee, beliau mengambil keputusan untuk membawa adiknya pulang ke Singapura dan mendapatkan rawatan seterusnya di sini.



Mohd Noor dimasukkan ke Hospital Besar Sengkang sejak dua minggu lalu sementara Adee menjalani kuarantin selama dua minggu.



"Sebenarnya sudah hampir dua tahun kami tak balik Singapura kerana uruskan kerja di sana.



"Isteri dan dua anak Noor memang ada di Singapura. Noor pernah beritahu dia begitu rindu dengan anak-anak dan isteri. Tetapi keadaannya biasa-biasa sahaja sebelum rebah.



"Cuma sejak tahun lalu, beliau sudah disahkan menghidap kencing manis, tetapi keadaannya terkawal," kata Adee.



Dua orang anaknya kini belajar di pusat pengajian tinggi sementaranya isterinya bertugas di sebuah hospital.



Kata Adee, adiknya yang sebelum ini memerlukan alat bantuan oksigen, kini boleh bernafas sendiri.



"Kata doktor, kalau Noor terjaga sepenuhnya, kemungkinan sebahagian ingatannya hilang. Tak pasti apakah rawatan selanjutnya," kata Adee.



Hanya pada Julai lalu, kumpulan Nuradee diinterviu Berita Harian sempena populariti lagu ciptaannya mereka, Corona Hampir Meragut Semuanya.



Lagu itu yang dijadikan runut bunyi dokumentari lapan episod Tragedi Corona di Astro Awani itu kini 'kembara' ke sekitar 50 stesen radio di 28 wilayah serata Indonesia.



Sepanjang berada di Malaysia, mereka melaksanakan amanah sebagai duta kumpulan sokongan penghidap demensia dalam kalangan masyarakat Melayu, The Chapal Malay Dementia Community.



Nuradee juga mencipta lagu tema mereka dan terlibat dalam beberapa projek.



"Kami juga menyumbang pada madrasah, masjid, anak yatim dan rumah tumpangan di Nusantara ini menerusi projek amal," kata Adee.



Dalam sudut perniagaan pula kumpulan yang popular dengan lagu Gurindam Pusaka, Diam dan Kata dan Makna itu mengusahakan minyak wangi Osem dan makanan beku serta ringan yang dipanggil Cemel-Cemel.



Sementara itu, satu usaha mengumpul dana bagi menampung rawatan Mohd Noor juga telah dibuat di Facebook.



Untuk maklumat lanjut, lungsuri Facebook Nuradee.




"Kata doktor, kalau Noor terjaga sepenuhnya, kemungkinan sebahagian ingatannya hilang. Tak pasti apakah rawatan selanjutnya."
- Mohd Rashid Abdullah, atau lebih dikenali dengan panggilan Adee mengenai keadaan adiknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >