Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota payung terjun Red Lions diusung ke ambulans selepas mendarat

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



SEORANG anggota pasukan payung terjun Red Lions diusung ke ambulans selepas tersungkur semasa melakukan ujian terjun bebas di Bishan semalam.



Penerjun itu, yang sedang cuba mendarat di padang berhampiran pusat beli-belah Junction 8, membawa bendera yang tersangkut di rumput sejurus sebelum beliau mendarat.



Dalam laporannya, akhbar The Straits Times (ST), berkata anggota Red Lions itu dilihat tidak bergerak selepas kejadian.



Pasukan perubatan yang berada di kawasan itu turut dilihat segera memberi rawatan kepadanya.



Mereka kemudian memasang pendakap leher ke penerjun itu sebelum mengusung beliau keluar dari padang itu.



Kejadian tersebut berlaku semasa percubaan terjun kedua semalam, pada sekitar 2 petang.



Sebelum itu, lima anggota pasukan itu telah berjaya mendarat di padang yang sama pada sekitar 9 pagi.



Kementerian Pertahanan telah dihubungi untuk mengulas mengenai kejadian itu.



Pasukan Red Lions dijadual melakukan terjun bebas di kawasan kejiranan pada 7 Ogos dan 8 Ogos sempena perayaan Hari Kebangsaan.



Tempat bagi pertunjukan mereka itu belum ditentukan, tetapi dalam kenyataannya kelmarin, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berkata ia akan melakukan ujian terjun bebas di beberapa kawasan dari semalam hingga 29 Julai untuk menilai kesesuaian beberapa kawasan.



Orang ramai dinasihati supaya kekal bertenang dan tidak berasa cemas apabila melihat terjun ujian ini dilakukan.



Mereka juga diminta supaya tidak memasuki kawasan terlarang yang telah ditandakan bagi keselamatan masing-masing.



Misalnya, di Ghim Moh semalam, satu lagi kawasan yang menjadi tapak percubaan, pagar kuning dipasang mengelilingi padang bertentangan Pasar dan Pusat Makanan Ghim Moh Road dan sebuah khemah telah didirikan di sana.



Anggota tentera juga dilihat di sana.



Ini bukan kali pertama seorang anggota Red Lions terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan, yang menunjukkan risiko yang ditanggung setiap penerjun setiap kali beliau membuat terjun bebas.



Pada 2017, seorang anggota pasukan itu terpaksa diusung keluar dari tempat mendarat di pit Formula Satu (F1) di Marina selepas mengalami kecederaan semasa latihan.



Penerjun itu, yang mengalami kecederaan ringan, sedang menjalani latihan bagi acara Rumah Terbuka Tentera Darat.



Semasa mendarat, beliau telah terbelit dengan payung terjun yang digunakan rakan sepasukan, yang mendarat lebih awal daripadanya.



Pada 2015 pula, seorang penerjun bebas Red Lions terpaksa memotong dan melepaskan payung terjunnya semasa mendarat di Padang ketika menjalani persiapan Perbarisan Hari Kebangsaan.



Beliau, namun, berjaya mengeluarkan payung terjun keduanya sebelum mendarat dengan selamat di kawasan perbarisan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >