Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angkatan Bersenjata Singapura, RSAF manfaat dron 'kesan lokasi musuh'

Sep 29, 2022 | 05:30 AM



SHOALWATER BAY (Australia): Buat julung-julung kali, dron Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) diterbangkan secara bersama untuk menawarkan anggota pasukan darat lebih banyak maklumat tentang keadaan musuh dengan memantau lokasi mereka menerusi udara.



Anggota tentera daripada pasukan perisikan SAF, Batalion 11C4I menerbangkan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) kecil, Veloce 15 (V-15) di satu kawasan tertentu di kawasan latihan Shoalwater Bay, Queensland, lapor akhbar The Straits Times.



Tidak jauh dari lokasi berkenaan, satu UAV RSAF lebih besar dipanggil Heron 1 juga berada di udara.



Satu inovasi baru membolehkan kedua-dua dron itu berhubungan.



Dinamakan Sistem Penyebaran Perisikan Imej Mudah Alih atau MIDS, ia merupakan sistem baru yang dibangunkan RSAF Ogos lalu yang dapat menyebarkan maklumat dirakam oleh Heron 1 kepada sesiapa yang mempunyai akses menerusi pusat akses.



Ini membolehkan pasukan tentera darat, seperti tentera yang mengendali UAV V-15, menerima lebih banyak maklumat untuk melaksanakan kerja risikan dan pemantauan, kata Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Chris Law.



SLTC Law, yang menyandang jawatan sebagai ketua kakitangan am di ibu pejabat Perisikan SAF berkata:



"Dengan kemudahan ini, semasa dalam pertempuran, dron-dron ini berupaya menawarkan kepada anggota tentera bukan sahaja gambaran yang lebih lengkap terhadap apa yang sedang berlaku, namun memberi peluang lebih baik kepada anggota tentera untuk mengelak menjadi korban (semasa pertempuran) dengan memperolehi lebih banyak maklumat tentang musuh serta pergerakan mereka."



Dua UAV itu beroperasi dalam skala yang berbeza - Heron 1 menawarkan pemandangan menyeluruh di medan pertempuran dengan penderia imej termaju dan boleh membimbing peluru kepada sasaran menerusi laser.



Ia dikendali juruterbang RSAF dari jarak jauh.



Manakala V-15 pula, adalah dron lebih kecil dan mudah alih dengan lebar sayap sepanjang 3.7 meter.



Ia digunakan oleh pengendali tentera darat dalam unit taktikal dan berupaya diterbangkan dalam masa 10 minit.



Leftenan Arjun Radhakrishnan, juruterbang Heron 1, berkata sistem perhubungan MIDS membolehkan RSAF menyampaikan maklumat berkenaan sasaran tertentu kepada pengendali tentera.



Sebelum ia dikerah, maklumat yang diperoleh Heron 1 hanya boleh diakses menerusi pusat kawalan tertentu, katanya.



"Sistem ini membolehkan pasukan tentera dan angkatan udara bekerjasama," katanya.



RSAF kini sedang menguji sistem MIDS di Latihan Wallaby, latihan luar negara terbesar SAF yang telah disambung semula sepenuhnya tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >