Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angkatan Karyawan Islam kini dikenali dengan akronim AMP sahaja

Feb 14, 2019 | 05:30 AM



ANGKATAN Karyawan Islam kini dikenali dengan akronim AMP sahaja, mencerminkan pendekatan baru pertubuhan itu untuk meninggalkan kesan positif dan membentuk masa depan bersama dengan semua warga Singapura, tanpa meninggalkan fokusnya kepada memperkasa masyarakat Melayu/Islam setempat.



AMP berkata penjenamaan semulanya itu sejajar dengan pendekatan baru pertubuhan itu untuk menangani isu mapan yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam menerusi kerjasama dengan badan lain, termasuk pemerintah, dan memanfaatkan setiap sumber sedia ada.



Berkongsi visi itu dengan Berita Harian (BH), Pengerusi AMP, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, menekankan pertubuhan itu akan terus berkhidmat untuk masyarakat Melayu/Islam dan isu yang menjejas masyarakat Muslim di sini akan kekal sebagai fokus utama pertubuhan itu.



"... AMP merasakan bahawa sesetengah isu yang menjejas masyarakat Melayu/Islam - sama ada masalah keluarga pincang, pendidikan atau dadah - turut menjejas lain-lain masyarakat di Singapura.



"Dengan bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat di peringkat nasional, AMP berharap dapat memanfaatkan sumber kita yang pelbagai untuk mencapai huraian kepada isu yang sudah sekian lama menjejas masyarakat," ujar beliau.



Encik Zhulkarnain, yang dilantik pengerusi AMP pada 25 Januari lalu, menambah di Konvensyen Karyawan Melayu Singapura Kebangsaan ketiga pada 2012, antara strategi yang diketengahkan AMP ialah menyumbang pada perbincangan nasional kepada isu-isu yang menjejas masyarakat Melayu/Islam.



Di konvensyen tersebut, Encik Zhulkarnain berkata, AMP merasakan isu seperti pendidikan, dadah, kepincangan keluarga serta memperkasa masyarakat dari segi sosial dan ekonomi dapat ditangani menerusi kerjasama dengan pertubuhan lain dan pemerintah.



"Dengan berkongsi pengalaman, berkongsi sumber dan menyelaras strategi secara bersama, saya rasa kita boleh melakukan tugas yang lebih baik kepada usaha yang sedang dilakukan.



Encik Zhulkarnain menambah, AMP telah pun mula mengorak langkah bagi meluaskan fokus melebihi masyarakat Melayu/Islam menerusi kerjasama dengan pertubuhan dan agensi nasional.



Ini termasuk CommaCon, sebuah konvensyen belia yang diadakan pada 2016 yang dihadiri 400 belia dari pelbagai bangsa dan agama.



Beliau menambah, pada tahun seterusnya, AMP juga menganjurkan sidang nasional, Ask Me Anything on Islam, yang bertujuan memupuk pemahaman silang budaya dan agama.



"Kami akan meneruskan usaha mendekati masyarakat bagi menghasilkan sesuatu yang bermakna untuk dikongsi semua," ujar Encik Zhulkarnain, seorang peguam.



AMP dibentuk - dengan tumpuan kepada pendidikan, pembangunan tenaga manusia, pembangunan sosial dan penyelidikan - pada 10 Oktober 1991 sebagai salah sebuah resolusi yang dipersetujui di Konvensyen Karyawan Melayu/Islam Singapura Kebangsaan yang pertama pada Oktober tahun sebelumnya.



Konvensyen tersebut, yang dihadiri sekitar 500 karyawan Melayu/Islam ketika itu, bertujuan menyatukan karyawan untuk memikirkan hala tuju bagi masyarakat.




AMP merasakan bahawa sesetengah isu yang menjejas masyarakat Melayu/Islam - sama ada masalah keluarga pincang, pendidikan atau dadah - turut menjejas lain-lain masyarakat di Singapura. Dengan bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat di peringkat nasional, AMP berharap dapat memanfaatkan sumber kita yang pelbagai untuk mencapai huraian kepada isu yang sudah sekian lama menjejas masyarakat."
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Pengerusi AMP, mengenai penjenamaan semula badan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >