Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Darjah Bakti Cemerlang untuk mantan komander Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

Jul 13, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menyampaikan anugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada mantan Komander Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (RBAF), Mejar Jeneral (Udara) (MG U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah Haji Sahat, semalam.



Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Istana, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef).



Anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan Dato Hamzah dalam mempertingkatkan hubungan pertahanan yang lama dan erat antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan RBAF.



Di bawah kepimpinan beliau, kerjasama antara SAF dengan RBAF berkembang menerusi latihan dua hala penting seperti Latihan Maju Bersama, Latihan Pelican dan Latihan Airguard.



Dato Hamzah turut menyokong kerjasama praktikal melalui platform yang melibatkan banyak pihak.



SAF dan RBAF telah bekerjasama di platform serantau seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus; Kumpulan Kerja Pakar ADMM-Plus mengenai Perubatan Ketenteraan yang dipengerusikan bersama oleh Brunei dengan Australia dari 2021 hingga 2024; serta Kemudahan Maklumat Membanteras Pengganasan.



Di bawah kepimpinannya juga, RFAB berjaya menjadi tuan rumah bagi Pertemuan Panglima Angkatan Pertahanan Asean ke-18 secara maya pada Mac 2021.



Acara itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong.



Lawatan MG (U) Dato Hamzah dari 10 hingga 14 Julai 2022 menggariskan perhubungan pertahanan yang kukuh antara Singapura dengan Brunei.



Beliau turut mengunjungi Dr Ng dan LG Ong di ibu pejabat Mindef semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >