Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Penyelamat Masyarakat bagi dua pemandu yang bantu pemandu kereta terbabas

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Azlee Abd Shukor sedang dalam perjalanan ke sebuah mesyuarat apabila matanya terpandang seorang lelaki meminta tolong dari jalan bawah di susur keluar 1 Ekspreswe Seletar (SLE) menuju ke Ekspreswe Tampines (TPE).



Melihat lelaki itu sebenarnya memerlukan bantuan untuk menolong seorang pemandu yang keretanya terbabas dalam kejadian pada 2 November itu, tanpa teragak-agak Encik Azlee menghentikan vannya untuk membantu.



Apabila keluar dari vannya, beliau mendapati lelaki yang terlebih dahulu datang membantu itu, Encik Chia Yong Lee, sudah membantu pemandu terbabas berkenaan keluar dari keretanya.



"Mangsa dalam keadaan cedera tetapi mujur tidak parah. Namun, saya mendapati mangsa menggeletar daripada impak nahas itu.



"Tanpa berlengah, saya mengesyorkan kepada Encik Chia bahawa mereka tidak selamat di kawasan itu memandangkan kereta mangsa sudah mula berapi di bahagian depan.



"Saya pun bantu mangsa rehat dalam van saya dan memandu ke depan, sekitar 50 meter dari jalan bawah itu," ujar Encik Azlee, seorang pekerja logistik itu.



Menurut Encik Azlee, sejurus selepas memandu vannya ke depan, beliau terlihat dari cerminnya kereta terbabas itu mengalami letupan kecil dan api semakin besar menjilat kereta itu.



"Sedang saya memandu, pandangas di belakang kabur kerana asap tebal menyelubungi kawasan itu. Terus terang, saya rasa takut melihat kawasan itu," kongsi Encik Azlee.



Bagi Encik Chia pula, beliau menjadi saksi kereta mangsa terbabas.



Beliau juga menghentikan keretanya tanpa berlengah untuk membantu mangsa keluar dari keretanya.



"Saya berasa bersyukur kerana dapat membantunya keluar kerana mendapati bahagian depan keretanya sudah berasap dan ada api kecil," singkap Encik Chia.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menganugerahkan Encik Azlee dan Encik Chia Anugerah Penyelamat Masyarakat SCDF semalam, di ibu pejabat SCDF 3rd Divisyen di Yishun.



Kedua-duanya berkata mereka tidak mengharapkan anugerah tersebut kerana hanya melakukan apa yang patut untuk membantu sesiapa yang memerlukan.



"Ini bukan kerana kami berani, tetapi sebab kami mengambil berat dan bersikap kasih kepada orang di sekililing kami," ujar Encik Azlee, bapa dua anak.



Menurut Encik Azlee, ini bukan kali pertama beliau membantu dalam nahas kenderaan terbabas.



Kali pertama adalah di Ayer Hitam di Johor pada 2016, semasa beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk melancong.



"Saya melihat seorang penunggang motosikal terbabas dan itu kali pertama saya membantu dalam nahas serupa," ujar beliau.



SCDF diberitahu mengenai nahas itu pada 5.35 petang dan tiba di tempat kejadian dalam lima minit.



Pegawai SCDF mendapati kereta itu merempuh tembok laluan bawah dan sedang terbakar.



Mereka memadamkan api menggunakan sebuah jet buih udara termampat dan kemudian menghantar mangsa ke Hospital Khoo Teck Puat.



Tiada kecederaan lain dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >