Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Apabila tandas awam bersih, rasa selamat seperti di rumah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Apabila tandas awam bersih, rasa selamat seperti di rumah

Dec 10, 2021 | 05:00 AM

Laporan ini dibawakan oleh: 

BUKAN satu dua.
Tapi 30 bilik tandas yang perlu dibersihkan Cik Falemah Mail, dalam tempoh dua jam.
Dan dalam sehari, beliau membersihkan sehingga 50 bilik tandas.
Namun erti kata penat belum pernah wujud dalam diri nenek berusia 53 tahun itu.
Sebaliknya beliau lakukan tugasannya itu dengan penuh tabah – tidak kira apa jua keadaan
tandas yang perlu dibersihkannya itu.
“Memang keadaan kebersihan tandas itu tidak menentu setiap hari.
“Yang pasti ia perlu dibersihkan secara kerap bagi menjamin kesihatan dan keselamatan para pengguna.
“Ini sudah menjadi tanggungjawab saya sejak enam tahun lalu,” kata nenek 12 cucu itu lagi.
Cik Falemah yang berasal dari seberang tambak kini merupakan pekerja pembersihan tandas di Pasar dan Pusat Makanan Taman Jurong.
Cik Falemah berkata beliau membersihkan tandas di pasar dan pusat makanan itu sebanyak tiga kali sehari – seawal 7 pagi, 2 petang dan 6 petang.
Setiap kali cucian mengambil masa antara sejam setengah hingga dua jam.
“Biasanya saya bersihkan sehingga 30 bilik tandas pada sebelah pagi dan bakinya pada sebelah petang.
“Alhamdullilah, sering juga saya mendapat pujian para pengguna yang berkata keadaan bilik tandas yang dijaga saya amat bersih!” kata ibu enam anak itu lagi dengan nada gembira.
Cik Falemah yang sudah dua tahun tidak pulang untuk berjumpa anggota keluarganya sejak dua tahun lalu berkata amalan kebersihan sedemikian diteruskannya di rumah keluarganya di seberang tambak juga.
Malah anak-anaknya juga meniru apa yang beliau lakukan di rumah mereka sendiri di seberang tambak, katanya yang kini menetap di kawasan Telok Blangah.
Bagi beliau tandas-tandas awam di sini rata-rata masih tetap bersih, memandangkan terdapat usaha berterusan seperti meningkatkan kesedaran awam bagi memastikan kebersihannya terus terjamin.

Kempen Kebersihan Tandas Awam


Baru-baru ini, satu kempen bagi menggalak orang awam menjaga kebersihan tandas awam telah dilancarkan sempena Hari Tandas Sedunia.
Kempen Kebersihan Tandas Awam 2021 Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) itu bertujuan mempertingkat tahap kebersihan tandas awam dengan menggalak orang ramai mengamalkan empat cara - ‘Pam, Bersih, Buang, Kering’.
Ia merujuk kepada tindakan mengepam tandas selepas menggunakannya, memastikan tempat duduk tandas bersih, membuang sampah dengan betul, dan memastikan lantai tandas kering.


Kempen ini sejajar dengan penekanan terhadap kebersihan peribadi yang baik semasa pandemik Covid-19 pada masa ini.
Kempen itu, yang turut disokong rakan NEA, Persatuan Tandas Singapura (RAS) dan Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM), telah dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor, bersama dengan Majlis Kebersihan Awam (PHC).
Dr Khor berkata tandas awam yang bersih adalah penting bagi kesihatan umum.
“Sedang kita mempertingkat usaha menyokong peningkatan prasarana dan penyenggaraan tandas yang baik di kedai kopi dan pusat penjaja, pihak pelanggan dan pegerai juga perlu menggunakan tandas secara bertanggungjawab.
“Pada dasarnya, apabila tandas awam sebersih tandas rumah kita, kita juga boleh rasa selamat
menggunakannya,’’ kata beliau.
Sebagai sebahagian daripada kempen itu, bahan-bahan seperti poster, pelekat cermin dan pelekat dinding akan diletakkan secara bertahap-tahap di tandas awam di lebih 100 pusat penjaja kendalian NEA atau pengendali dilantik agensi itu serta 120 kedai kopi dikendalikan Persatuan Peniaga Restoran Kopi dan Bar Foochow Singapura.
Sementara itu Pergerakan Baik Budi Singapura (SKM) menyasarkan usaha memaparkan cabaran kehidupan sebenar yang sering dihadapi para pekerja pembersihan tandas.
Ia berusaha untuk mendorong sifat empati dan kebaikan daripada penduduk selain menekankan tentang peri pentingnya mengekalkan kebersihan tandas bagi menyokong pekerja pembersihan.
Dalam satu kenyataan NEA, Setiausaha Agung SKM, Dr William Wan, berkata:
“Pergerakan Baik Budi Singapura gembira untuk menyokong kempen NEA dalam menggalak tandas bersih.
“Dalam suasana pandemik hari ini, kebersihan, terutamanya di kawasan awam, lebih penting daripada sebelum ini.
“Para pekerja pembersihan berhadapan dengan tugasan berat bagi memastikan kebersihan tandas, sedang jutaan pengguna menggunakannya saban hari. Mari kita ubahkan minda yang menetapkan bahawa tugasan membersihkan dilakukan pekerja pembersihan.
“Etika tandas yang baik mencerminkan tanggungjawab sosial bersama kita. Mari kita melayan pekerja pembersihan dengan sifat empati dan baik budi dengan melakukan bahagian kita bagi mengekalkan kebersihan tandas awam.
“Apabila kita menanam nilai-nilai sedemikian, kita menjadi sebuah negara yang lebih baik dan hebat di mana orang ramai menjaga kebersihan awam untuk satu sama lain,” katanya.

Kempen LOO


Selain usaha memperbaiki sikap pengguna tandas awam, NEA juga akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan lain dalam inisiatif baru bagi memperbaiki pengurusan tandas awam.
Persatuan Tandas Singapura (RAS) akan melancarkan Kempen Ayuh Pantau Sendiri (LOO) @ Pusat Penjaja menjelang akhir November ini.
Menerusi program ini, RAS akan mengadakan latihan mengenai rekaan dan penyelenggaraan tandas bagi pekerja yang berkaitan, disusuli dengan audit tandas dan kegiatan melibatkan orang awam menerusi pameran bergerak berskala kecil.
RAS merancang meliputi semua pusat penjaja menjelang Mac 2024.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3