Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Apakah Itu? Ibu tulis buku kanak-kanak interaktif

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



BUKU bersiri Apakah Itu? yang mengisahkan pengalaman seorang kanak-kanak bernama Ahnaf semasa melawat dan beriadah bersama-sama ahli keluarganya telah dilancarkan baru-baru ini.



Inspirasi menghasilkan buku itu datangnya daripada pengalaman penulisnya, Cik Fadhilah Muhamad sendiri sebagai ibu tiga orang puteranya.



Cik Fadhillah, 38 tahun, telah menghasilkan dua buku kanak-kanak dalam siri ini yang bertajuk Apakah itu? Di Pantai dan Apakah itu? Di Ladang Haiwan dan ia mempunyai elemen-elemen interaktif yang memerlukan penglibatan pembaca.



Elemen-elemen itu diwujudkan dalam bentuk soalan-soalan, pagar sesat dan lain-lain. Ini membolehkan pembelajaran melalui penglibatan dan sekali gus menarik minat kanak-kanak untuk terus menggunakan buku ini.



Siri ini sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga sekolah rendah peringkat bawah. Profesor Roksana Bibi Abdullah dari Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang NTU) terlibat sebagai pakar rundingnya.



Menurut Cik Fadhilah, dalam konteks terkini, kanak-kanak lebih berminat untuk bermain dengan alat elektronik.



Ini kerana alat elektronik bersifat interaktif dan kanak-kanak yang menggunakannya menentukan hala tuju permainan dan bukanlah sebagai pengguna pasif.



Cik Fadhilah juga mengambil kira maklum balas ibu bapa dalam penghasilan buku-buku ini agar terhasil buku yang dapat dimanfaatkan secara keseluruhan.



Tambahnya lagi: "Maklum balas ibu bapa mengenai peri pentingnya visual juga diambil kira, maka terhasillah sebuah buku yang bukan sahaja berwarna warni bahkan kaya dengan gambar-gambar yang dapat mencetuskan perbualan lantas mempelajari kosa kata-kosa kata baharu.



"Maklum balas ibu bapa telah memacu semangat berkarya saya sehingga terhasillah buku bersiri ini.



"Saya amat mementingkan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Harapan saya agar buku bersiri Apakah Itu? dapat melakukan sedemikian dan berupaya mendorong kanak-kanak agar terus membaca serta menggunakan bahasa Melayu."



Cik Fadhilah merupakan seorang ibu tiga orang anak lelaki yang berumur antara 8 dengan 13 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Lanjutan dalam Intervensi Awal Kanak-kanak (Berkeperluan Khas) dan Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.



Buku-buku ini dihasilkan dengan bersandarkan prinsip Pembelajaran Pengalaman (Experiential Learning) dan Belajar melalui Bertanya (Learning by Questioning), jelas beliau.



Ia membolehkan atau menggalakkan pembacaan, serta merangsang minda kanak-kanak di samping menimbulkan peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu.



Daripada tajuk sehinggalah reka bentuk buku serta susun atur kandungan cerita dirancang dengan teliti. Setiap ilustrasi dibincang dan dirancang teliti.



Penerbitan buku bersiri Apakah itu? dibiayai oleh Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) . Buku-buku ini boleh didapati dari laman www.poppet.world




"Saya amat mementingkan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. Harapan saya agar buku bersiri 'Apakah Itu?' dapat melakukan sedemikian dan berupaya mendorong kanak-kanak agar terus membaca serta menggunakan bahasa Melayu."



- Fadhilah Muhamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >