Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN MASAGOS KE ARAB SAUDI

Asatizah main peranan bimbing masyarakat minoriti Islam contoh

Mar 30, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN asatizah memainkan peranan penting dalam membimbing dan memupuk nilai-nilai murni yang dapat memperkukuh masyarakat untuk terus menjadi masyarakat minoriti Islam contoh seperti sekarang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ini terutamanya dalam sebuah negara yang rencam dan berbentuk sekular seperti Singapura, tambah beliau.



Encik Masagos berkata demikian dalam satu catatan Facebook yang dimuat naik semalam menyusuli pertemuan beliau bersama sekumpulan pelajar Singapura di Riyadh, Arab Saudi, kelmarin. Beliau kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi hingga lusa.



Encik Masagos dan pelajar Singapura di Riyadh telah bertukar pandangan dan berbincang tentang beberapa topik mengenai masyarakat Islam di sini dan Singapura, golongan asatizah serta dasar-dasar pemerintah.



Beliau turut berkongsi dengan mereka bahawa golongan asatizah adalah aset berharga bagi masyarakat.



"Saya mengalakkan mereka untuk membaca dan berbincang secara meluas, tajamkan kemahiran untuk berfikir dengan lebih kritikal dan memanfaatkan pelbagai sokongan yang ditawarkan kepada asatizah kita sesudah tamat pengajian kelak seperti PCICS (Sijil Possiswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari).



"Saya juga panjatkan doa agar mereka berjaya dalam pelajaran masing-masing dan saya mengalu-alukan sumbangan mereka sebagai asatizah kita suatu hari nanti. Insya-Allah," kata beliau.



Lawatan rasmi ke Arab Saudi itu, antara lain, bertujuan membincangkan persiapan musim haji akan datang bersama pihak berkuasa di sana.



Encik Masagos telah bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, juga di Riyadh semalam, bagi tujuan itu.



Di Parlimen awal bulan ini, Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata Singapura sedang menantikan butiran lanjut tentang sama ada kerajaan Saudi akan membuka musim haji tahun ini kepada jemaah antarabangsa dan juga mengenai peningkatan kuota jemaah haji bagi negara ini.



Malah bulan lalu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu panggilan bersama Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammad Salman, meluahkan harapan agar permintaan Singapura agar kuota haji ditambah dapat dipertimbang dengan baik apabila ibadah haji disambung bagi jemaah antarabangsa.



Sebagai sebahagian daripada lawatannya itu, Encik Masagos berkongsi dalam satu catatan Facebook berasingan kelmarin, bahawa beliau berkesempatan bertemu dengan Sheikh Dr Hatim Al Awni, seorang cendekiawan Islam yang disegani, ketika di Makkah.



Mereka telah membincangkan tentang Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) anjuran Muis yang bakal berlangsung pada September nanti.



Persidangan itu akan menyediakan wadah bagi masyarakat minoriti Islam seluruh dunia untuk berbincang dan membentuk gedung-gedung ilmu yang dapat membimbing masyarakat mengemudi isu-isu berkaitan Islam yang sensitif dan rumit dengan yakin dan berhikmah.



Encik Masagos turut mengundang Sheikh Dr Al Awni menjadi salah seorang penceramah ICCOS.



Lawatan beliau ke Arab Saudi itu turut diiringi Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, dan pegawai kanan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >