Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean harus terus bersatu atasi cabaran dunia berubah: PM Lee

Turut gesa negara Asean perdalam kerjasama; tangani ancaman rentas sempadan; bangun ekonomi digital, hijau
May 11, 2023 | 05:30 AM



ASEAN perlu kekal bersepadu dan bersatu di peringkat tertinggi supaya ia dapat terus memperdalam kerjasama, termasuk dalam usaha membangun ekonomi dan hal antara negara, berlatar dunia yang bermasalah, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Ini memerlukan sokongan politik yang kuat, tambah Encik Lee, sementara Asean berusaha memperkukuh institusi tersebut dan menggapai wawasan yang dikongsi bagi masa depan Asean.



"Semasa pandemik, negara anggota Asean bekerjasama dengan baik.



"Berdasarkan pandangan dunia yang bermasalah, kita harus terus bersepadu dan bersatu di peringkat tertinggi, termasuk mendakap wawasan yang dikongsi bagi masa depan Asean," kata Encik Lee.



Menambah, Encik Lee berkata wawasan pasca 2025 itu, antara lain menggesa negara anggota bersikap kekal terbuka, telus dan inklusif dan berurusan berdasarkan undang-undang, selain mengadakan hubungan luar yang lebih mendalam.



Ini termasuk mencari bidang kerjasama baru, termasuk dalam kemampanan, keselamatan siber dan dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau, kata Encik Lee.



"Singapura mengalu-alukan usaha menyemak keupayaan dan keberkesanan institusi Asean. Kita harus menyelaras dan mengoptimumkan proses Asean serta memperkukuh Sekretariat Asean dan peranan Setiausaha Agung Asean bagi membolehkan mereka melaksanakan perkara yang diutamakan dengan lebih berkesan," ujar beliau.



Encik Lee berkata demikian dalam ucapannya di sesi pleno di Pusat Konvensyen Meruorah di Labuan pada hari pertama Sidang Puncak Asean ke-42 pada 10 Mei.



Jadual hari pertama merangkumi lima pertemuan yang dipengerusikan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, dan diakhiri jamuan malam di Pantai Komodo Waecici Ayana Komodo.



Ia akan diteruskan dengan Sesi Rahat dan dua lagi pertemuan pada 11 Mei sebelum melabuh tirai.



Dalam ucapannya itu, Encik Lee berkata walau dunia telah mengharungi cabaran pandemik Covid-19, keadaan masih tidak menentu dan terus bermasalah.



Namun Asean perlu teruskan usaha menyepadukan rantau ini, kata beliau.



Selain itu, Encik Lee juga berkata Asean harus memperdalam kerjasama ekonomi dan memperluas kerjasama ini ke bidang pertumbuhan baru seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau.



Berhubung ekonomi digital, Encik Lee berkata Singapura menyokong kuat usaha Indonesia membangun Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital Asean (DEFA) dan mengalualukan Kenyataan Ketua yang mengusul untuk membangun DEFA, dan dijangka dikeluarkan tahun ini.



"Kita boleh meraih manfaat ekonomi besar dengan memperbaiki keterhubungan digital dan pemahaman digital rakyat masing-masing," kata Encik Lee.



Menyentuh ekonomi hijau pula, Encik Lee menampilkan Projek Penyepaduan Kuasa (Elektrik) Laos-Thailand-Malaysia-Singapura sebagai contoh perdagangan kuasa elektrik berbilang negara di rantau ini boleh dilakukan.



Beliau menggesa negara anggota Asean berusaha membangunkan Grid Kuasa (Elektrik) Asean, yang akan memperkukuh keterjaminan dan keselamatan tenaga bagi negara anggota Asean dan memajukan usaha serantau untuk kian kurang bergantung pada karbon.



"Penyepaduan ekonomi telah lama menjadi keutamaan Asean dan harus kekal sedemikian," kata Encik Lee, yang berkata ini adalah asas kepentingan Asean atau Asean Centrality.



"Kita harus mengemas kini dan mempertingkat perjanjian teras kita, seperti Perjanjian Perdagangan Barangan Asean (ATIGA), supaya ia terus relevan kepada amalan perniagaan yang berubah."



Melebihi kerjasama ekonomi, Asean harus mempertingkat kerjasama bagi isu antara negara, termasuk melindungi rakyat daripada ancaman merentas sempadan yang kian canggih, kata Encik Lee, dalam menyuarakan sokongan Singapura bagi inisiatif Indonesia berhubung Pengisytiharan Menentang Perdagangan Manusia menerusi Salah Guna Teknologi



Menggesa kerjasama dipertingkat dalam keselamatan siber, Encik Lee berkata ada kemajuan baik bagi usulan Pasukan Respons Kecemasan Komputer Serantau Asean (CERT)



"Ini akan memperkukuh kerjasama siber serantau dan keupayaan respons bagi insiden Asean dalam menentang ancaman siber canggih," tambah Encik Lee.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >