Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aturan selamat berdasarkan status vaksinasi ditiadakan

MOH: Kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 4 tahun boleh dapat vaksinasi
Oct 08, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi Covid-19 (VDS) akan ditiadakan sepenuhnya mulai Isnin.



Ini bermakna VDS tidak lagi diperlukan untuk acara dengan lebih 500 orang pada satu-satu masa, menjamu selera di pertubuhan makanan dan minuman termasuk pusat penjaja, dan juga di tempat hiburan malam.



Demikian diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



"VDS telah membantu kita dengan baik dalam perjalanan kita ke arah pembukaan semula yang selamat, membantu melindungi orang-orang yang tidak divaksin sepenuhnya dengan mengurangkan pendedahan mereka kepada sekitaran dengan risiko penyebaran yang lebih tinggi, dan dengan itu memastikan sistem penjagaan kesihatan kita tidak tertekan apabila kadar vaksinasi dan jangkitan seluruh penduduk masih belum cukup tinggi," katanya.



Sementara itu, MOH berkata ia telah menerima saranan Jawatankuasa Pakar Mengenai Vaksinasi Covid-19 (EC19V) untuk kanak-kanak berusia enam bulan dan ke atas diberi vaksin Covid-19.



Mulai 25 Oktober, kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun boleh mendapatkan vaksinasi asas menggunakan vaksin Moderna/Spikevax.



Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pula boleh menerima dos penggalak menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty.



Ini bagi memastikan kanak-kanak di sini mendapatkan tahap perlindungan minimum terhadap Covid-19, kata MOH.



Bagi memudahkan vaksinasi untuk kanak-kanak, lima pusat vaksinasi khusus akan mula beroperasi mulai 25 Oktober ini di One Punggol, Our Tampines Hub, Pusat Masyarakat Queenstown, Pusat Masyarakat Sembawang dan Kelab Masyarakat Taman Jurong.



Beberapa poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) juga akan menyokong program vaksinasi itu.



Kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas, yang tidak layak secara perubatan untuk menerima vaksin Moderna/Spikevax dan Pfizer-BioNTech/Comirnaty akan ditawarkan vaksin Sinovac-CoronaVac di bawah program kesihatan awam khusus.



MOH turut mengumumkan bahawa vaksin bivalen akan menggantikan vaksin mRNA yang digunakan kini, menyusuli saranan EC19V.



Vaksin bivalen itu akan memberi perlindungan yang lebih baik terhadap varian Covid-19 yang lebih baru.



MOH akan menggantikan vaksin Moderna/Spikevax dengan versi bivalen mulai 17 Oktober bagi semua vaksinasi yang menggunakan vaksin Moderna/Spikevax, untuk semua orang dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.



Vaksin bivalen Pfizer/Comirnaty sedang menjalani penilaian dan dijangka tersedia menjelang hujung tahun ini.



MOH juga berkata ia akan beralih daripada mengira bilangan suntikan vaksin dan dos penggalak yang telah diterima kepada takrifan baru vaksinasi terkini.



Ini bermakna individu harus memastikan yang mereka menerima perlindungan minimum, dan bagi golongan tertentu, menerima dos penggalak tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.



MOH berkata hingga kelmarin, purata jangkitan Covid-19 harian dalam masyarakat dalam tempoh tujuh hari telah naik daripada sekitar 2,600 minggu lalu kepada 4,400.



Kes yang dimasukkan ke hospital juga naik daripada 247 minggu lalu kepada 342 dan bilangan kes yang dirawat di unit jagaan rapi telah naik daripada sembilan kepada 13 dalam tempoh sama.



MOH berkata peningkatan itu mungkin disebabkan oleh kegiatan sosial yang meningkat, SMM yang dilonggarkan dan subvarian Omicron BA.2.75 dan BA.2.10 yang telah dikesan di serata dunia dan sedang menular di Singapura..



"Setakat ini, tiada bukti bahawa subvarian ini mengakibatkan penyakit yang lebih teruk," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >