Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badan Melayu/Islam sambut baik langkah sokongan bagi warga, keluarga dalam Belanjawan 2023

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Melayu/Islam di sini secara umumnya menyambut baik pelbagai langkah sokongan bagi warga dan keluarga yang dibentangkan semasa Belanjawan 2023, yang bertujuan mengurangkan kesan inflasi tinggi dan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), khususnya bagi golongan berpendapatan rendah hingga pertengahan.



Malah, mereka juga mengalu-alukan sokongan lebih luas untuk menyokong Agensi Khidmat Sosial (SSA) menerusi pelbagai cara.



Dalam responsnya kepada Belanjawan 2023, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) berkata langkah melanjutkan sokongan untuk membina Singapura Yang Mesra Keluarga antara lain menerusi Hadiah Tunai Bonus Bayi (BBCG) serta sumbangan kepada Akaun Pembangunan Anak (CDA), akaun Edusave dan Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) boleh menyumbang kepada usaha menggalak akses awal kepada pendidikan.



"Langkah memperkukuh peruntukan cuti bagi ibu bapa - termasuk menggandakan cuti bapa yang dibayar pemerintah supaya kaum bapa juga boleh memainkan peranan aktif menjaga anak - merupakan langkah ke arah yang tepat untuk memupuk tenaga kerja pro-keluarga, di samping melaksana aturan kerja fleksibel.



"Generasi pekerja lebih muda juga beraspirasi membina kerjaya yang berjaya dan menceburi matlamat hidup seperti memulakan sebuah keluarga dan langkah ini akan menyamaratakan penglibatan ibu bapa dalam membesarkan anak," ujarnya.



Tambahnya, tokokan $1 bilion kepada Dana Amanah Masyarakat untuk Warga Emas penting untuk membolehkan warga emas menjalani kehidupan dan meniti usia senja dengan bermaruah, dengan pendekatan dan sokongan kewangan yang mencukupi.



Menurut beberapa pertubuhan Melayu/Islam di sini, mereka juga menyambut baik langkah yang diumumkan pemerintah untuk mengagihkan semula pendapatan dan sokongan kepada mereka yang berpendapatan rendah.



Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata ini khususnya bagi institusi bertaraf awam (IPC) seperti LBKM.



"Kami amat mengharap potongan cukai 250 peratus yang dilanjutkan hingga 2026 dapat memberi rangsangan kukuh kepada sikap kedermawanan dan kemurahan hati masyarakat supaya mereka terus memberi sumbangan demi manfaat golongan yang memerlukan.



"LBKM dapat mengekalkan usaha meningkatkan pencapaian pelajar kami melalui peluang pendidikan yang baik hanya dengan sokongan masyarakat yang kukuh, padu dan berterusan," ujarnya.



Menerusi kenyataannya pula, Taman Bacaan berkata tambahan kepada geran itu akan memberi rangsangan kepada Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA) untuk menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh kepada benefisiari mereka.



Menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai menyeluruh dan inklusif dengan sokongan bagi segenap lapisan masyarakat, mereka berkata:



"Taman Bacaan gembira sebahagian Belanjawan ini didedikasikan untuk menyokong setiap warga Singapura menerusi Pakej Jaminan yang dipertingkat yang terus memberi semua warga sokongan yang diperlukan sedang GST dinaikkan lagi satu mata peratusan pada 2024." - ERVINA MOHD JAMIL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >