Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahan tidak dikenali ditemui di dua pusat agama: Polis jalankan siasatan

Jan 18, 2023 | 08:14 PM



PENGHUNI Pusat Katolik di Waterloo Street telah dipindahkan dari bangunan sembilan tingkat itu pagi Rabu (18 Jan) selepas bahan tidak dikenali ditemui tersembur di sekitar perimeter bangunan tersebut. 



Kejadian serupa berlaku pada Selasa, apabila polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dipanggil untuk menyiasat selepas bahan putih ditemui di Rumah Bible, yang terletak di Jalan Armenia.



Sekurang-kurangnya empat kenderaan SCDF dilihat di luar Pusat Katolik kira-kira jam 10.45 pagi Rabu.



Seorang kakitangan, yang bekerja di Pusat Katolik dan enggan namanya disiarkan, memberitahu The Straits Times bahawa beliau melihat bahan itu di ruang legar bangunan itu ketika dia tiba untuk bekerja kira-kira jam 9 pagi.



Pada kira-kira 10.30 pagi, semua penghuni bangunan itu telah dipindahkan selepas pegawai SCDF tiba, katanya.



Selepas pemeriksaan oleh SCDF dan pegawai polis, penghuni dibenarkan masuk semula ke pusat itu kira-kira jam 12.20 tengah hari.



Tanda kelihatan pada dinding dua sisi bangunan dan dalam coretan dan tompok. Noda gelap juga kelihatan di ruang legar bangunan.



SCDF telah dipanggil untuk menyiasat. SCDF berkata bahawa ia mengambil sampel bahan itu, dan menambah bahawa beberapa ujian yang dijalankan ke atas sampel oleh pakar bahan berbahayanya tidak mengesan bahan berbahaya.





Siasatan polis terhadap insiden itu masih sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >