Subuh
5:55
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Peraduan Bulan Bahasa uji kemahiran murid bercerita, berpidato

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BAHASA & BUDAYA

Peraduan Bulan Bahasa uji kemahiran murid bercerita, berpidato

Lebih 230 pelajar daripada 58 sekolah rendah, menengah tunjuk bakat melalui dalam talian anjuran Pusat Bahasa Nusa
Nov 07, 2022 | 05:30 AM

LEBIH 230 pelajar daripada 58 sekolah rendah dan menengah beradu kemahiran bercerita dan berpidato dalam satu pertandingan antara sekolah baru-baru ini.

Peraduan tersebut dianjurkan Pusat Bahasa Nusa, anak syarikat Edufront Learning Centre, sempena Bulan Bahasa tahun ini.

Pertandingan itu dijalankan secara keseluruhannya dalam talian, termasuk pada peringkat akhir, dengan peserta akhir menyampaikan cerita dan ucapan mereka secara langsung di depan pengadil menerusi Zoom.

Pertandingan bercerita itu disasarkan kepada murid sekolah rendah, manakala pertandingan berpidato ditumpukan kepada pelajar sekolah menengah.

"Menerusi pertandingan ini, kami berharap dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar agar bertutur dalam bahasa Melayu, serta mengiktiraf pelajar yang berbakat," menurut kenyataan Pusat Bahasa Nusa.

Tema pertandingan bercerita tahun ini ialah cerita rakyat, yang bertujuan mendedahkan pelajar kepada kisah dan watak cereka Melayu.

Bagi peraduan berpidato pula, pelajar harus memilih daripada pelbagai tajuk untuk membuat kajian dan menyiapkan ucapan mereka. Pelbagai tajuk itu termasuk gaya hidup sihat, hidup bermasyarakat, media sosial, pendidikan, sains dan teknologi, serta hubungan keluarga.

Pusingan awal pertandingan itu diadakan sepanjang tujuh minggu pada Mei hingga Julai lalu, dengan peserta menghantar rakaman penyampaian mereka untuk dinilai pihak penganjur.

Seramai 139 peserta daripada 31 sekolah rendah menyertai pertandingan 'Saya Boleh Bercerita', dan seramai 99 peserta daripada 27 sekolah menengah menyertai pertandingan 'Saya Boleh Berpidato'.

Daripada jumlah ini, seramai 10 peserta daripada setiap kategori dipilih ke peringkat akhir.

Peringkat akhir kedua-dua peraduan itu diadakan secara dalam talian pada 3 September lalu.

Peserta akhir diberi tiga minggu untuk membuat persiapan bagi ucapan mereka, yang disampaikan secara langsung di depan finalis lain, guru dan penonton.

Pada 15 Oktober lalu, upacara penyampaian anugerah diadakan di pusat tuisyen Edufront Learning Centre di Tampines, dihadiri peserta, ibu bapa dan guru mereka.

PEMENANG PERADUAN BERCERITA

Kategori A (Darjah 1 dan 2):

Aleeya Aeiziyan daripada Sekolah Rendah Raffles Girls (tempat pertama), Rayna Naqiyyah Muhammad Suffian daripada Sekolah Rendah Lakeside (tempat kedua), dan Aaliyya Sarah Rudi Hermawi daripada CHIJ Our Lady Queen of Peace (tempat ketiga).

Kategori B (Darjah 3 dan 4):

Marsha Amanda Mohamad Imran daripada Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah (tempat pertama), Durrah Mohamed Hizal daripada Sekolah Rendah Meridian (tempat kedua), dan Hannah Soffiah Muhammad Hanafiah daripada Sekolah Rendah Fengshan (tempat ketiga).

Kategori C (Darjah 5 dan 6):

Shaikh Uthman Shahzeb Muhammad Jemal daripada Sekolah Rendah Nan Chiau (tempat pertama), Mudzakkir Muhammad Faidullah daripada Sekolah Rendah Sengkang Green (tempat kedua), dan Norfaiz Mateen Norfarizal daripada Sekolah Rendah Lakeside (tempat ketiga).

PEMENANG PERADUAN BERPIDATO

Kategori A (Menengah 1 dan 2):

Karl Basil Karl Zubin daripada Sekolah Menengah Deyi (tempat pertama), Muhammad Syahir Syahar daripada Sekolah Menengah Deyi (tempat kedua), dan Muhammad Irfan Sanuse daripada Institusi Raffles (tempat ketiga).

Kategori B (Menengah 3, 4 dan 5):

Nur Shakirah Muhammed Shahrin daripada Sekolah Menengah Anderson (tempat pertama), Alexander Elnathan Ang daripada Institusi St. Joseph (tempat kedua), dan Aiko Hirano daripada Sekolah Menengah Bartley (tempat ketiga).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3