Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bakal didakwa kerana gagal pastikan pekerja tidak beri khidmat seks

May 05, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 61 tahun akan didakwa di mahkamah kerana gagal memastikan pekerjanya tidak menyediakan khidmat seksual di tempat urutnya.



Pada 12 Ogos lalu, polis menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah kedai urut di Jalan Kayu.



"Melalui siasatan susulan, pegawai daripada Divisyen Polis Ang Mo Kio membuktikan lelaki itu dengan jelas gagal memastikan pekerjanya tidak memberi layanan seksual," kata polis dalam satu kenyataan semalam.



Lelaki itu akan didakwa di bawah Peraturan Pembentukan Tempat Urut 2018. Sekiranya didapati bersalah, dia boleh didenda hingga $5,000.



Jika dia pesalah berulang, dia boleh didenda hingga $10,000, dipenjara hingga dua tahun atau dikenakan kedua-dua hukuman.



"Polis memandang serius terhadap sesiapa yang terlibat dalam operasi perniagaan haram dan pesalah akan dihukum mengikut undang-undang," ujar polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >