Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banjir di Pakistan burukkan keadaan Kurang peralatan, ubat hambat rawat pesakit di kawasan pedalaman

Pertubuhan bantuan kemanusiaan, Mercy Relief, baru-baru ini telah ke Pakistan untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan bagi mangsa bencana banjir di negara itu, selain meninjau keadaan bagi mengenal pasti jurang-jurang yang perlu diisi dalam bantuan yang kini dihulurkan dari merata dunia. Mercy Relief bermatlamat menyampaikan sokongan dan bantuan kepada sekitar 3,500 mangsa bencana banjir di wilayah selatan Sindh. BERITA HARIAN telah mengikuti pasukan Mercy Relief dalam lawatannya itu. Berikut laporan dari kawasan bencana di wilayah Sindh, Pakistan.
Oct 25, 2022 | 05:30 AM



DALAM sebuah bangunan kecil tidak melebihi saiz bilik darjah sekolah di sini, pakar bidan Dr Maira Yacoob duduk dalam sebuah bilik rawatan di hujung laluan sesak yang mana puluhan ibu baru bersalin dengan bayi mereka yang kuat menangis beratur panjang menunggu giliran mereka.



Antara lain ibu-ibu tersebut datang kepadanya untuk mendapatkan bantuan perubatan percuma bagi pelbagai penyakit.



Ada yang anak mereka dijangkiti demam, ada yang si ibu mengalami sakit-sakit badan.



"Hari ini kami ada 85 pesakit yang telah membuat pendaftaran atas beberapa penyakit; ibu yang sakit-sakit badan, anak yang demam, dijangkiti penyakit mata dan kulit dan lain-lain lagi," kata Dr Maira, 27 tahun, ketika ditemui Berita Harian (BH) di kampung Mohammad Hashim Noodan, daerah Tando Allahyar di wilayah Sindh, Pakistan.



Namun di halaman depan bangunan itu, ratusan lagi wanita dan anak-anak mereka masih menunggu giliran mereka berdaftar.



Dr Maira, seorang doktor hospital pemerintah dikerah ke kawasan pedalaman bagi mengendalikan tanggungjawab yang sukar dan penuh mencabar itu.



Bangunan kecil tiga bilik itu sebenarnya adalah pusat pemberian ubat percuma bagi kampung itu.



Sebelum banjir besar-besaran menimpa Pakistan dua bulan lalu, setiap kampung mempunyai sekurang-kurangnya satu pusat seperti itu.



Disebabkan banjir, beberapa pusat sedemikian telah musnah, dan ada yang terpaksa ditutup kerana kekurangan tenaga manusia dan ubat-ubatan.



Bukan itu sahaja, pusat pemberian ubat itu juga memainkan peranan sebagai pusat rawatan ibu hamil dan yang baru bersalin, namun tidak mempunyai kelengkapan yang diperlukan bagi merawat penyakit yang rumit.



Salah seorang pesakit dirawat Dr Maira ketika ditemui BH semasa mengikuti lawatan oleh pertubuhan kemanusiaan Mercy Relief ialah seorang bayi berusia dua bulan yang menghidap jangkitan paru-paru dan perlu rawatan lanjut di hospital.



"Saya tak ada duit untuk hantar anak saya ke hospital. Pergi naik ambulans ke hospital sahaja dah menelan 5,000 rupee ($357), balik lagi 5,000 rupee," kata ibu bayi itu.



"Bagi sahaja saya ubat dan saya akan cuba rawat anak saya sendiri," katanya.



Dr Maira berkata gambaran dan kekecohan itu adalah suatu kebiasaan di sini.



Beliau bertugas dalam syif enam hari seminggu; 36 jam di hospital dan bakinya di kawasan pedalaman.



"Jika anda lihat kami juga tidak mempunyai ramai kakitangan dan sumber ubat juga semakin berkurang," katanya.



Terdapat dua lelaki yang bertugas di farmasi, seorang penolong bersama doktor, seorang jururawat, seorang pendaftar dan lagi seorang doktor pengamal perubatan umum.



Pengamal perubatan umum Dr Uzair Badar berkata: "Kami juga tidak mempunyai peralatan khusus untuk merawat mereka. Jadi kami tak tahu sebenarnya bagaimana keadaan mereka.



"Disebabkan banjir kami menyaksikan kenaikan kes demam denggi, malaria, penyakit kulit dan mata, tetapi tiada kemudahan yang lengkap untuk merawat mereka," katanya.



"Jadi kami hanya dapat membuat diagnosis dan kemudian beri ubat sahaja untuk mereka pulih di rumah. Kami tiada apa-apa yang lengkap di sini."



Dr Uzair, sama seperti jururawat Encik Tanveer Ahmad, dan Dr Maira merupakan profesional jagaan kesihatan dan perubatan yang sebenarnya mempunyai kerja bergaji lebih tinggi di luar kawasan pedalaman itu.



Dr Uzair misalnya pernah bertugas di hospital privet di Karachi dan bagi Encik Tanveer pernah bermastautin di Arab Saudi.



Namun mereka mengorbankan kerjaya itu untuk berkhidmat kepada penduduk kampung mereka.



"Kami tahu, keadaan di sini memang agak terdesak. Disebabkan banjir kami terpanggil memenuhi keperluan mendesak ini untuk membantu mereka," kata Encik Tanveer.



"Kalau bukan kami, siapa yang akan membantu mereka," tambahnya.




"Kami tahu, keadaan di sini memang agak terdesak. Disebabkan banjir kami terpanggil memenuhi keperluan mendesak ini untuk membantu mereka... Kalau bukan kami, siapa yang akan membantu mereka."
- Jururawat, Encik Tanveer Ahmad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >