Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Bantu atasi keganasan rumah tangga bukan soal 'kepo'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Bantu atasi keganasan rumah tangga bukan soal 'kepo'

Casa Raudha dan badan tidak mengaup untung sosial The Whitehatters anjur kempen 'End domestic violence starts with me'
Sep 07, 2020 | 05:30 AM

PERGADUHAN suami isteri sering dianggap sebagai satu isu domestik dan orang luar tidak seharusnya masuk campur.

Namun apabila pergaduhan itu mencapai tahap penderaan, sama ada fizikal, emosi atau psikologi, orang luar, terutama mereka yang terdekat dengan mangsa, digalak bersuara bagi menghentikan penderaan domestik.

Inilah matlamat yang ingin dicapai satu kempen 'End domestic violence starts with me' atau 'Mengakhiri keganasan domestik bermula dengan saya'.

Kempen tersebut dianjurkan Rumah Wanita Casa Raudha dan badan tidak mengaup untung sosial, The Whitehatters, dengan sokongan Our SG Fund dan SG United.

Menjelaskan, anggota pengasas dan pengurus Rumah Wanita Casa Raudha, Cik Zaharah Ariff, 54 tahun, berkata setiap orang memainkan peranan dalam menghentikan keganasan rumah tangga dan ia bukan sahaja terletak pada tangan mangsa.

"Ada mangsa yang ingin mendapatkan bantuan atau pandangan keluarga tetapi ada ibu bapa mangsa mungkin terlalu tua dan mereka tidak mahu membebankan mereka dengan masalah atau tekanan yang mereka hadapi.

"Justeru mereka mungkin mengongsi kepada teman rapat, dan dalam hal ini, teman rapat boleh memainkan peranan.

"Jiran tetangga juga boleh memainkan peranan jika terdengar sesuatu yang kurang menyenangkan," ujarnya.

Semenjak pemutus litar berkuat kuasa pada 7 April lalu, perangkaan terkini daripada pihak polis mendapati bahawa kes keganasan yang dilaporkan kian meningkat.

Menurut laporan, dari 7 April hingga 6 Mei, sebanyak 476 kes dilaporkan kepada pihak polis atas kesalahan yang kerap dikaitkan dengan keganasan keluarga.

Ini merupakan kenaikan 22 peratus berbanding purata bulanan sebanyak 389 bagi kes sedemikian sebelum tempoh pemutus litar, kata polis dalam satu kenyataan.

Kesalahan termasuk menyebabkan sakit, menggunakan kekerasan jenayah, menyerang, mengugut dan mengurung.

Pengasas The WhiteHatters, Cik Shahrany Hassan, 45 tahun, berkata kempen itu sebahagian besarnya bertujuan mendidik dan memperkasa masyarakat tentang isu ini dengan memberitahu mereka bahawa menghentikan keganasan ini bermula dengan mereka.

"Ada mangsa juga enggan ke hadapan untuk bersuara kerana takut apabila menghubungi polis, langkah seterusnya adalah pesalah atau mungkin suami mereka akan ditangkap.

"Ada juga mangsa berfikir bahawa jika mereka bersuara ia akan membawa hubungan mereka kepada perceraian. Tetapi sebenarnya tidak.

"Bantuan akan dihulurkan," tekannya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan bantuan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini boleh ke laman www.enddomesticviolence.sg.


JIRAN JUGA BOLEH MAIN PERANAN

"Ada mangsa yang ingin mendapatkan bantuan atau pandangan keluarga tetapi ada ibu bapa mangsa mungkin terlalu tua dan mereka tidak mahu membebankan mereka dengan masalah atau tekanan yang mereka hadapi.
Justeru mereka mungkin mengongsi kepada teman rapat, dan dalam hal ini, teman rapat boleh memainkan peranan.
Jiran tetangga juga boleh memainkan peranan jika terdengar sesuatu yang kurang menyenangkan."
- Cik Zaharah Ariff, anggota pengasas dan pengurus Rumah Wanita Casa Raudha.


MEYAKINKAN MANGSA BANTUAN AKAN DIHULUR

"Ada mangsa juga enggan ke hadapan untuk bersuara kerana takut apabila menghubungi polis, langkah seterusnya adalah pesalah atau mungkin suami mereka akan ditangkap.
Ada juga mangsa berfikir bahawa jika mereka bersuara ia akan membawa hubungan mereka kepada perceraian. Tetapi sebenarnya tidak.
Bantuan akan dihulurkan."
- Cik Shahrany Hassan, pengasas The WhiteHatters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3