Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HIKMAH RAMADAN

Bantu orang susah lebih utama daripada iktikaf di masjid

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



UMAT Islam perlu berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan dan berkongsi nikmat bersama orang di sekeliling, terutama dalam keadaan pandemik hari ini. Meskipun berhadapan ujian pandemik, seorang Mukmin tidak akan berpeluk tubuh dan hanya berserah kepada nasib.



Bercakap dalam program Hikmah Ramadan yang diedarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sepanjang Ramadan dan disiarkan di radio Warna kelmarin, Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata seorang Mukmin akan berusaha meraih kebaikan buat diri sendiri tanpa melupakan orang lain yang berada dalam kesusahan.



Beliau berkata sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan hajatnya. Ustaz Muhammad Azri menukil sebuah hadis Nabi Muhammad saw daripada Ibnu Umar ra yang diriwayatkan Imam al-Bukhari yang bermaksud: "Siapa sentiasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa membantunya dalam hajatnya."



Ustaz Muhammad Azri menjelaskan: "Islam adalah agama yang mengajak kepada pelaksanaan kebaikan dan antara bentuk pelaksanaan kebaikan selain daripada kita menyembah dan beribadah kepada Allah swt yang menciptakan kita ialah kita berusaha memenuhi keperluan dan hajat saudara kita, khususnya mereka yang sedang menghadapi kesukaran.



"Selama dua tahun ini, kita diuji oleh Allah swt dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak mengubah kehidupan kita. Saya berkeyakinan bahawa kita sedar ada sebahagian besar daripada kita menghadapi kesukaran hidup.



"Ada orang diberhentikan kerja, ada yang keperluan hariannya, termasuk makan dan minum, tidak mencukupi. Ada juga anak-anak terhambat pembelajaran online mereka disebabkan tiada peralatan sesuai.



"Ada juga yang menghadapi tekanan jiwa maka sebagai seorang Muslim. Kita tidak harus berpeluk tubuh menghadapi ujian Allah swt. Kita disuruh berusaha keluar daripada kesukaran dan memperbaiki kehidupan kita.



"Pada masa sama, jika kita ada sebarang kelebihan dan kemampuan, kita dianjur membantu saudara kita yang sedang ditimpa kesusahan. Ia boleh dilaksana dengan sumbangan zakat kita, dengan menyertai usaha kesukarelawanan yang dianjurkan oleh badan-badan Islam atau kita bantu secara langsung jiran kita, ahli keluarga kita atau sahabat kita yang memerlukan pertolongan.



"Kita harus menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain, sepertimana dianjurkan oleh Nabi saw,'' kata Ustaz Muhammad Azri.



Beliau menukil sebuah hadis riwayat Al-Thabrani daripada Ibnu Umar ra bahawa Nabi saw bersabda:



"Manusia paling dicintai Allah ialah yang paling bermanfaat bagi manusia, adapun amalan yang paling dicintai Allah ialah membuat Muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan daripada orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.



"Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim bagi sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan."



Ustaz Azree menjelaskan hadis ini menunjukkan jika seorang Mukmin berusaha membantu saudaranya yang memerlukan serta menjadi manusia bermanfaat buat manusia lain, maka dia akan meraih tiga perkara.



Pertama, Allah akan membantu ketika dia dalam kesusahan dan mempermudah urusannya.



Kedua, dia akan mendapat ganjaran kebaikan melebihi kebaikan beriktikaf satu bulan di Masjid Nabawi Ketiga, dia akan mendapat cinta dan reda Allah.




"Kita disuruh berusaha keluar daripada kesukaran dan memperbaiki kehidupan kita. Pada masa sama jika kita ada sebarang kelebihan dan kemampuan, kita dianjurkan membantu saudara kita yang sedang ditimpa kesusahan. Ia boleh dilaksana dengan sumbangan zakat kita, dengan menyertai usaha kesukarelawanan yang dianjurkan badan-badan Islam atau kita bantu secara langsung jiran kita, ahli keluarga kita atau sahabat kita yang memerlukan pertolongan."
- Ustaz Muhammad Azri Azman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >