Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan disambut baik namun sukar imbangi kenaikan minyak

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



DREBAR teksi dan kereta sewa persendirian (PHC) menyambut baik pemberian wang sekali $150, tetapi tidak pasti jika ia dapat menampung sepenuhnya kenaikan harga minyak.



Ini kerana harga minyak telah meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus dalam tempoh enam bulan.



Malah rata-rata pemandu yang diwawancara Berita Harian (BH) mengadu bahawa pendapatan mereka telah merosot sejak beberapa bulan yang berlalu.



Pemandu teksi selama 5 tahun, Encik Rossli Yusoff, berkata:



"Walaupun ada lebih ramai pelanggan sekarang, bukan bermakna pendapatan kita terjamin kerana harga minyak kini amat tinggi," ujar Encik Rossli yang memandu teksi Silvercab.



"Walaupun harga minyak diesel murah sedikit buat saya, ia masih tetap mahal dan pendapatan saya terjejas. Kini, saya perlu membayar sekitar $140 untuk mengisi minyak diesel sampai penuh dibandingkan sekitar $80 dahulu," jelasnya.



Beliau berkata tangki minyak penuh hanya boleh bertahan antara tiga atau empat hari.



Pemerintah sebelum ini mengumumkan pemandu teksi dan PHC yang layak bakal menerima bayaran sekali sebanyak $150 sebagai sebahagian daripada pakej bantuan $1.5 bilion.



Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, berkata mereka yang layak akan menerima bayaran tersebut Ogos ini.



Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Amy Khor, pula berkata pemandu teksi dan PHC aktif yang telah menamatkan purata 200 perjalanan sebulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2022 akan layak mendapat bantuan $150 itu.



Beberapa pemandu memberitahu BH bahawa bantuan tersebut tidak berupaya menampung sepenuhnya kenaikan harga minyak.



Encik Imran Omar, pemandu sepenuh masa di syarikat Gojek, berkata:



"Berdasarkan harga minyak sekarang, wang bantuan $150 akan hampir habis selepas saya isi minyak satu kali sahaja."



Encik Imran, bapa empat anak, perlu membayar sekitar $90 untuk mengisi penuh minyak jenis 95.



Beliau menjelaskan bahawa purata pendapatan sehariannya biasanya $200, namun, jumlah sebenar yang dapat disimpan olehnya kian merosot.



"Kadangkala, kadar tambang untuk beberapa perjalanan agak rendah. Sekarang, pendapatan saya lebih terjejas akibat harga minyak pula. Jika hal harga minyak tidak bertambah baik, saya mungkin kena cari pekerjaan lain," kata Encik Imran.



Encik Rossli pula berkata:



"Pemberian $150 tentu akan membantu golongan pemandu teksi dan PHC. Saya rasa langkah seterusnya adalah untuk mengadakan bantuan jangka panjang, kerana kita tidak pasti bila harga minyak akan turun."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >