Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKEJ BANTU PERNIAGAAN, INDIVIDU & PEKERJA

Bantuan ringankan beban ditanggung sektor seni

May 30, 2021 | 05:30 AM



DENGAN sekatan Covid-19 terbaru yang sekali lagi menjejas kegiatan dan pementasan seni, langkah terbaru yang diumumkan pemerintah akan melanjutkan sokongan yang amat diperlukan sektor seni yang sudah pun terjejas teruk oleh pandemik ini.



Bantuan seperti geran operasi, pelepasan sewa dan subsidi gaji pekerja akan membantu untuk mengurangkan kos yang dihadapi kumpulan seni, sedang mereka mengharungi tempoh mencabar sekali lagi dan menantikan keadaan untuk kembali pulih tidak lama lagi.



Presiden Sriwana, Cik Fauziah Hanom Yusuf, berkata pihaknya menghargai langkah proaktif pemerintah dalam menawarkan bantuan bagi sektor tersebut.



"Apa-apa bantuan, yang kecil atau besar, akan memberi manfaat kepada kumpulan kami.



"Bagi Sriwana, kami raih manfaat kebanyakannya daripada pelepasan sewa, dan ini akan membantu atasi kos studio kami, memandangkan tiada pendapatan masuk sejak persembahan secara langsung dihentikan," kata Cik Fauziah, 59 tahun,



Namun, beliau berkata kumpulan itu, yang terletak di Goodman Arts Centre, masih harus membayar $800 setiap bulan bagi bayaran khidmat, dan mereka terpaksa menggunakan simpanan mereka untuk bertahan.



"Kami berdoa keadaan akan pulih sebelum kami kehabisan semua simpanan untuk mengekalkan ruang seni kami," katanya.



Majlis Seni Kebangsaan (NAC) mengumumkan malam kelmarin ia akan menawarkan lagi dana operasi di bawah Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya (ACRP).



NAC menjangkakan untuk mengagihkan geran sebanyak $35,000 setiap satu kepada lebih 200 pertubuhan seni dan budaya bermula Julai, untuk mengurangkan kos operasi mereka.



Pemerintah juga akan menyediakan subsidi gaji sebanyak 50 peratus di bawah Skim Bantuan Pekerjaan bagi kumpulan seni persembahan dan pendidikan seni, yang terjejas dengan sekatan baru di bawah Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkatkan) hingga 13 Jun ini.



Pengarah Urusan Sri Warisan, Encik Adel Dzulkarnaen Ahmad, berkata pihaknya gembira mendengar bantuan yang dilanjutkan itu.



"Kesemua 15 pekerja sepenuh masa dan 15 pekerja sambilan kami layak bagi bayaran Geran Pemulihan Covid-19 (Sementara) (CRG-T) sekali sebanyak $500 kerana pendapatan yang berkurangan sekurang-kurangnya 50 peratus untuk sekurang-kurangnya satu bulan.



"Ini kerana banyak sekolah telah membatalkan atau menunda tempahan Program Pendidikan Seni mereka (di bawah sekatan terbaru ini).



"JSS akan paling banyak membantu kakitangan kami, kerana subsidinya dinaikkan kepada 50 peratus," kata Encik Adel, 45 tahun.



Di bawah skim baru CRG-T, pekerja dan mereka bekerja sendiri yang mengalami kehilangan gaji sekurangnya 50 peratus untuk sekurangnya sebulan, boleh menerima bayaran sekali sehingga $500.



Pekerja yang dikenakan cuti tanpa gaji tanpa suka rela sekurang-kurangnya sebulan pula boleh menerima bayaran sekali sahaja sehingga $700.



Pengarah urusan Teater Ekamatra, Cik Shaza Ishak, berkata Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya (ACRP) amat membantu kumpulan itu untuk kekal bertahan sedangkan sokongan itu tidak dikaitkan kepada program dan pementasan.



Sokongan JSS pula membolehkan kumpulan itu untuk meneruskan operasi pada tahap 100 peratus.



"Bagi Teater Ekamatra, ianya penting bagi kami untuk terus beroperasi dan menggajikan artis dan pengurus kaum minoriti agar bidang seni mewakili hakikat berbilang budaya di Singapura," kata Cik Shaza, 31 tahun.



Mengenai pementasan Pulang Balik yang terpaksa ditunda, Cik Shaza berkata kumpulan itu sedih memandangkan ini bermakna kumpulan itu tidak bergiat di pentas selama lebih setahun, tetapi mereka terus bersikap praktikal.



"Kami berazam untuk terus mengharungi tempoh ini dan bangkit darinya untuk terus menyampaikan kisah masyarakat kita dan mengongsi pandangan kaum minoriti," katanya.




"Kesemua 15 pekerja sepenuh masa dan 15 pekerja sambilan kami layak bagi bayaran Geran Pemulihan Covid-19 (Sementara) (CRG-T) sekali sebanyak $500 kerana pendapatan yang berkurangan sekurang-kurangnya 50 peratus untuk sekurang-kurangnya satu bulan. JSS akan paling banyak membantu kakitangan kami, kerana subsidinya dinaikkan kepada 50 peratus."
- Pengarah Urusan Sri Warisan, Encik Adel Dzulkarnaen Ahmad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >