Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Bapa di penjara tulis kata perangsang buat anak jelang buka sekolah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bapa di penjara tulis kata perangsang buat anak jelang buka sekolah

Dec 29, 2022 | 05:30 AM

BUAT julung-julung kalinya, lebih 200 bapa yang berada di penjara akan mengambil bahagian dalam satu daya usaha untuk menulis kad bagi memberi kata-kata dorongan kepada anak-anak mereka yang bakal memulakan tahun baru sekolah.

Dipanggil Kembali Ke Sekolah Bersama Ayah 2023, inisiatif yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Januari 2023 itu, akan melibatkan bapa dari 200 prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi.

Inisiatif tersebut dianjurkan Pusat Kebapaan, Bapa Sepanjang Hayat dan Ibu Sepanjang Hayat, dengan kerjasama Keluarga Sepanjang Hayat.

Ia menyokong pelan Singapura Mesra Keluarga (Made For Families) and Meraikan Keluarga Singapura (Celebrating SG Families).

Bagi golongan bapa di penjara, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) memainkan peranan membantu mereka mengukuhkan ikatan bersama anak-anak dengan menyerahkan kad Kembali ke Sekolah Bersama Ayah yang mengandungi nota galakan oleh bapa tersebut kepada keluarga mereka.

Ini untuk memberi kejutan dan dorongan kepada anak-anak mereka apabila sekolah dibuka semula.

Pakar Pemulihan Pembetulan Kanan dari SPS, Cik Charlene Chia, berkata bapa yang di penjara tidak dapat bersama anak-anak mereka secara fizikal semasa permulaan tahun baru sekolah, dan oleh itu, menggalak anak-anak melalui tulisan nota itu akan memperkukuh ikatan antara bapa dengan anak meskipun bapa mereka tiada di sisi.

"Ini memberi manfaat bukan sahaja kepada anak-anak, bahkan bapa yang berada di penjara juga, kerana ia membantu memastikan mereka rasa terdorong dan tertumpu kepada perjalanan pemulihan mereka," kata beliau.

Semasa tahun-tahun sebelum Covid-19, sekolah di sini diberikan kad cetak Kembali ke Sekolah Bersama Ayah bagi bapa menulis nota untuk anak-anak mereka.

Dek sekatan Covid-19 yang menjejas logistik pengedaran kad, inisiatif tersebut diadakan dalam alam maya bagi tahun akademik yang lalu.

Bagi tahun akademik 2023 ini pula, disebabkan pembukaan semula pascapandemik, kad cetak telah disediakan kepada beberapa sekolah.

Bapa yang tidak mempunyai akses kepada kad cetak boleh memuat turun kad maya daripada laman Kembali ke Sekolah Bersama Ayah.

Pengerusi Majlis Keluarga Sepanjang Hayat, Encik Ishak Ismail, berkata Kembali Ke Sekolah Bersama Ayah itu adalah satu insiatif bermakna bagi bapa, dan juga ibu, untuk menunjukkan kasih sayang dan komitmen mereka.

"Sedang bapa menjadi lebih terlibat dalam detik penting kehidupan anak-anak mereka, ia akan membantu mereka mengemudi peralihan ini dan menghampiri tahun baru sekolah dengan positif.

"Kami berharap lebih ramai bapa akan meluangkan masa untuk menemani anak-anak mereka ke sekolah pada hari pertama dan mencipta kenangan yang akan dihargai selama bertahun-tahun mendatang," kata beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3