Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TEKAD BAPA

Bapa kongsi prinsip bina kenangan manis bersama anak

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



Pergerakan menggalak peningkatan penglibatan bapa di dalam kehidupan anak-anak kini semakin rancak. BERITA HARIAN meninjau bagaimana seorang bapa yang berhasrat untuk menjadi contoh teladan bagi anak-anaknya, meluangkan masa dan melibatkan diri untuk menyediakan anaknya dengan kemahiran penting di masa depan.




MENEROKA cara kreatif membesarkan anak, memupuk nilai murni di samping membina kenangan manis semasa meluangkan masa bersama anak-anak.



Itulah prinsip yang dipegang Encik Mohammad Zahrin Abdullah, 37 tahun, sebagai bapa kepada anak-anaknya.



Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pendidikan Bapa Sepanjang Hayat berkata:



"Anak kita adalah warisan kita.



"Bagi saya, penglibatan seorang bapa dalam usaha mendidik anak-anak mereka adalah penting.



"Jalinan ikatan antara bapa dan anak-anaknya boleh dibina jika bapa meluangkan masa untuk melakukan kegiatan berasaskan pendidikan bersama anak mereka," katanya yang mempunyai dua orang anak perempuan berumur lapan tahun dan lapan bulan.



Menurut Encik Mohammad Zahrin, kegiatan berasaskan pendidikan tidak semestinya menjemukan dan seorang bapa boleh menggunakan daya kreativiti mereka untuk melakukan kegiatan yang digemari kedua-dua bapa dan anak.



"Umpamanya, belajar membaca tidak terhad kepada membaca buku di rumah.



"Anak-anak juga boleh membaca papan tanda ataupun bahan-bahan dalam makanan apabila berada di pasar raya.



"Mereka juga boleh mempelajari anggaran harga apabila mereka ingin membeli sesuatu dan ini membina kemahiran yang mempersiapkan mereka untuk ke sekolah," katanya, yang juga merendahkan kelantangan suara televisyen dan menggunakan sari kata ketika menonton filem bersama anak sulungnya, Aufa Qalesya, bagi menggalaknya untuk membaca.



Bagi beliau, seorang bapa memainkan peranan yang penting dan harus menjadi bapa yang peka terhadap kemajuan dan perkembangan anak-anak mereka.



"Setiap kali kita meluangkan masa kita untuk membimbing dan menyokong anak-anak kita dalam pendidikan dan persiapan untuk persekolahan mereka, kita juga meninggalkan kenangan bagi mereka.



"Bila kita sudah pergi, anak-anak kita akan tetap memegang kenangan-kenangan yang dibina dan merasakan dampingan kita bersama mereka ketika mereka belajar sesuatu dan kenangan sedemikian tidak ternilai harganya," ujarnya, yang juga meluangkan masa untuk melakukan kegiatan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekurang-kurangnya satu jam sehari jika sudah selesai anaknya melakukan kerja sekolahnya.



Encik Muhammad Zahrin juga percaya bahawa perkara yang sukar harus dilakukan dahulu supaya perkara yang menyeronokkan akan berasa lebih baik.



Namun demikian, beliau dan isterinya, Cik Atiqah Hassan, 34 tahun, seorang eksekutif perkapalan, juga sentiasa menerapkan elemen pengajaran walaupun ketika melakukkan sesuatu yang seronok.



"Sebagai contoh, saya membawa anak saya memancing untuk mengajarnya bersabar kerana di zaman ini, anak-anak sering mendapatkan segala-galanya atas permintaan mereka dan merasa begitu sukar untuk bersabar," jelasnya, yang juga percaya mendidik anak-anak untuk mahir dalam pengekodan dan STEM amat penting untuk masa depan kerana mereka dapat menghayati rasionalnya dan mengalakkan mereka merancang sebelum melakukan sesuatu.



Menurut Encik Muhammad Zahrin, kadangkala memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk anak-anak, terutama sekali apabila sudah letih setelah bekerja seharian.



Justeru, beliau akan cuba juga untuk berinteraksi bersama anaknya dan membantu anaknya dalam projeknya.



"Jika meluangkan masa untuk anak-anak menjadi satu kebiasaan, kita akan sentiasa mempunyai masa untuk mereka.



"Bapa ialah cinta pertama bagi anak perempuan mereka dan adiwira pertama untuk anak lelaki mereka.



"Jadi, kita harus menampilkan kebaikan tentang diri kita supaya mereka dapat membayangkan diri mereka mengatasi cabaran," katanya, yang ingin melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang perniagaan dan keusahawanan pada tahun depan untuk menjadi contoh dan memberikan anak-anaknya inspirasi bahawa semua boleh dicapai jika mereka sentiasa usahakan tanpa putus asa.



Bagi Aufa Qalesya pula, masa yang diluangkan bersama bapanya untuk aktiviti seperti menggunakan pen 3D untuk membina aksesori anak patungnya adalah masa yang paling dinanti-nantikan setiap hari.



"Saya amat gemar setiap kali saya ada sesi pen 3D dengan ayah saya kerana kami boleh mereka bentuk apa sahaja yang kami mahu.



"Saya dapat membuat anak patung saya unik dan berbeza daripada apa yang sering dilihat di kedai," katanya, yang juga gemar merakamkan video-video untuk laman Facebook dan Youtube.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >