Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barang dapur percuma bagi keluarga memerlukan di Boon Lay

Mar 25, 2021 | 05:30 AM



KELUARGA memerlukan di Boon Lay kini tidak perlu lagi berlapar dengan adanya Kedai Masyarakat @ Boon Lay.



Pasar raya mini beralamatkan Blok 176 Boon Lay Drive #01-366 Singapura 640176 itu membolehkan mereka mendapatkan barang dapur secara percuma.



Waktu operasi ialah 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.



Kedai tersebut kendalian pertubuhan amal Food from the Heart (FFTH) dan disokong Bank OCBC menurut laporan The Straits Times.



Perasmiannya disaksikan Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial Desmond Lee.



Turut hadir ialah Setiausaha Parlimen (Budaya, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Eric Chua.



Encik Lee berkata kedai tersebut "memperbaiki usaha menyediakan makanan dan memenuhi keperluan penduduk".



Di samping itu, usaha menyelaras pembahagian makanan derma dipertingkat dan pembaziran makanan boleh dikurangkan, tambahnya.



Kedai Masyarakat beroperasi menggunakan konsep ambil secara percuma.



Sebelum ini, warga memerlukan lazimnya menerima pakej makanan standard merangkumi makanan asas seperti minyak, biskut dan beras daripada pertubuhan amal.



Kini, mereka boleh datang saja ke kedai berkenaan untuk memilih barang dapur.



Setiap penduduk layak akan menerima kad istimewa. Di akhir 'pembelian', mereka akan melalui sistem pengimbasan kod QR.



Kad tersebut membolehkan mereka mendapatkan 12 barangan sebulan daripada beraneka jenis makanan asas seperti makanan dalam tin, sapuan roti, biskut dan minyak.



Kedai itu kini menjadi sumber bantuan 350 keluarga. Jumlahnya dijangka naik kepada 1,000 lewat tahun ini.



Kali pertama Kedai Masyarakat dibuka ialah Februari tahun lalu di Mountbatten.



Menurut laman FFTH, Kedai Masyarakat @ Mountbatten membantu 5,000 keluarga dari serata negara, termasuk 120 rumah dalam SMC Mountbatten serta 400 rumah dalam SMC MacPherson dan GRC Marine Parade.



Cawangan tersebut beralamatkan Blok 13 Old Airport Road #01-57. Waktu operasi sama seperti kedai Boon Lay.



Kedua-dua cawangan menerima derma makanan 24 jam daripada orang ramai.



Menurut FFTH, ciri teristimewa Kedai Masyarakat adalah menjaga air muka dan memberikan kebebasan kepada penerima bantuan melakukan pilihan mengikut keperluan masing-masing.



Tinjauan FFTH ke atas penerima bantuan di kedai Mountbatten menunjukkan bahawa 98 peratus daripada mereka lebih menyukai konsep ambil secara percuma berbanding menerima pek atau kupon makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >