Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baucar CDC bernilai $1.19j diderma kepada badan amal pada 2022

Penderma baucar beri Darul Ihsan peluang akses penyokong baru, dapatkan dana yang amat diperlukan
Nov 27, 2023 | 08:28 PM



Hampir 10,000 isi rumah menderma baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $1.19 juta kepada badan amal pada 2022, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong.

“Itu adalah jumlah yang sangat besar apabila anda berfikir tentang bagaimana ia adalah usaha masyarakat dan bukan dirancang,” kata beliau pada majlis jamuan tengah hari rangkaian untuk badan amal di ibu pejabat Persatuan Rakyat (PA) pada Isnin, lapor The Straits Times.


Encik Tong menyatakan bahawa skim derma itu ditubuhkan pada 2022 selepas ramai orang menghubungi PA dan CDC kerana ingin menderma baucar mereka selepas ia pertama diberikan pada 2020.

Memberi butiran mengenai sumbangan itu, Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, berkata badan amal yang memberi tumpuan pada penjagaan kesihatan, menerima 34 peratus daripada jumlah keseluruhan sumbangan itu.

Sebanyak 21 peratus daripada sumbangan itu disalurkan kepada badan amal yang menyokong keluarga dan kanak-kanak, manakala badan amal yang berkhidmat untuk golongan muda dan pertubuhan kebajikan haiwan menerima kira-kira 11 peratus setiap satu.

Cik Low, yang juga Mayor CDC South West, berkata 99 peratus isi rumah telah menggunakan baucar mereka dan kira-kira 88 peratus baucar yang digunakan pada 2023 dibelanjakan di kedai kejiranan.

“Ia juga membantu mendorong permintaan bagi produk dan perkhidmatan di kawasan kejiranan kita, dalam kalangan peniaga kejiranan kita, dalam kalangan penjaja kita,” katanya.

Lebih 22,000 peniaga, penjaja dan pasar raya kejiranan mengambil bahagian dalam skim itu.

Orang ramai yang ingin menderma baucar CDC mereka yang belum habis boleh berbuat demikian dari 1 Disember hingga 31 Januari.

Mereka boleh memilih untuk menderma kepada mana-mana daripada 270 badan amal yang mengambil bahagian, yang merupakan Institusi Bertaraf Awam (IPC) – iaitu badan amal yang dibenarkan mengutip derma yang boleh ditolak cukai.

Dalam ucapannya, Cik Low turut menggariskan lima hala tuju strategik untuk membimbing CDC untuk tiga tahun akan datang: membina masyarakat penyayang, inklusif, sihat, mementingkan pembelajaran dan mampan. Ia , sejajar dengan pergerakan Forward SG.

Ketua Eksekutif Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, Dr Abdul Qader Al-aidaroos, berkata 200 isi rumah mendermakan baucar CDC mereka kepada rumah anak yatim itu tahun lepas, lapor ST.

Beliau berkata skim derma baucar CDC membantu meningkatkan kesedaran mengenai dua rumah anak yatim itu untuk meningkatkan usaha mengumpul dana.

“Ia membuka peluang untuk kami mengakses kumpulan penyokong baru yang sebelum ini tidak dapat diakses melalui kaedah pengumpulan dana konvensional yang biasa kami gunakan.

“Rumah kebajikan itu memerlukan peningkatan kemudahan, penyediaan tuisyen yang disesuaikan untuk setiap kanak-kanak, dan terdapat pertambahan kanak-kanak lebih muda yang memerlukan mainan dan keperluan pendidikan berbeza – kesemua ini boleh melibatkan kos yang tinggi,” kata beliau.

Mereka yang ingin mendermakan Baucar CDC mereka yang tidak dibelanjakan boleh berbuat demikian di laman web Skim Baucar CDC di voucher.cdc.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >