Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran perkhidmatan, penyenggaraan bagi 27 pasar, pusat penjaja naik mulai Jan 2024

Jun 03, 2023 | 07:32 PM



BAYARAN perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) akan dinaikkan dua kali pada 2024 bagi 27 pasar dan pusat penjaja milik Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).

Langkah ini diumumkan dua hari selepas pengumuman bahawa bayaran S&CC untuk penduduk Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), kedai, pejabat, pasar dan gerai makanan di bawah majlis bandaran PAP akan dinaikkan disebabkan peningkatan kos.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata bahawa kenaikan bayaran untuk pasar dan pusat penjaja milik MSE dibuat selepas satu semakan dijalankan dengan MSE. Ia mendapati kadar yang ada kini tidak berubah sejak 2005.

Kenaikan pertama, yang berkuat kuasa Januari depan, menunjukkan terdapat kenaikan bayaran bulanan antara $4 dengan $15 bagi setiap gerai di pasar dan pusat penjaja yang terjejas.

Gerai-gerai yang menjual makanan yang dimasak akan dinaikkan kadarnya sebanyak $15, daripada $140 kepada $155, manakala mereka yang menjual kepingan atau pelbagai jenis barangan akan dikenakan peningkatan bayaran sebanyak $8 kepada $87.

Gerai yang menjual barangan pasar termasuk sayur-sayuran, mi, telur dan rempah ratus akan dikenakan peningkatan bayaran sebanyak $4, manakala yang menjual ayam, makanan laut, buah-buahan dan barangan kering atau diawet akan mengalami kenaikan bayaran sebanyak $6.

Kenaikan kedua pula akan berkuat kuasa pada Julai, dengan kadarnya akan bertambah lagi antara $6 hingga $20.

Gerai yang menjual makanan yang dimasak akan mengalami kenaikan $20 manakala yang menjual makanan dan lain-lain akan dikenakan kenaikan bayaran kepada $99. Kenaikan bagi gerai yang menjual barangan pasar pula sama ada $6 atau $9, bergantung pada kategori yang tertera di atas.

NEA berkata bahawa S&CC yang diperolehi akan digunakan untuk menampung kos operasi dan penyenggaraan biasa pasar dan pusat penjaja, seperti pembersihan umum, utiliti dan penyenggaraan.

“Walaupun kos pembersihan dan penyenggaraan pasar dan pusat penjaja telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun, kadar S&CC semasa kekal tidak berubah sejak 2005,” kata NEA, sambil menambah bahawa pengubahsuaian itu setanding dengan kenaikan S&CC yang diumumkan baru-baru ini bagi kebanyakan pasar dan pusat penjaja milik HDB.

Pusat makanan dan pasar yang terjejas adalah Pusat Makanan Adam, Pusat Makanan Amoy Street, Pusat Makanan Bedok, Pasar Beo Crescent, Pusat Makanan Bukit Timah, Pusat Makanan Chomp Chomp, Commonwealth Crescent, Pusat Makanan Dunman, East Coast Lagoon Food Village, Pasar Geylang Serai, Pusat Makanan Golden Mile, Pasar dan Pusat Makanan Holland Village, Pasar Kallang Estate, Pusat Penjaja Margaret Drive, Pusat Penjaja Market Street, Pusat Penjaja Marsiling Mall, Pusat Penjaja Maxwell, Pusat Makanan Newton, Pasar dan Pusat Makanan North Bridge Road, Pusat Makanan Pasir Panjang, Pusat Makanan Sembawang Hills, Pasar Serangoon Garden, Pasar dan Pusat Makanan Taman Jurong, Pasar Tanglin Halt, Pasar Tiong Bahru dan Pusat Makanan Zion Riverside.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >