Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bayi Rayyan yang hidapi penyakit yang jarang berlaku meninggal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Bayi Rayyan yang hidapi penyakit yang jarang berlaku meninggal

Jan 02, 2021 | 05:30 AM

BAYI yang menghidap penyakit atrofi otot spina yang berpunca daripada pupusnya sel saraf pergerakan motor, Rayyan Qush, 14 bulan, telah meninggal dunia semalam.

Allahyarham Rayyan Qush dikenali ramai menerusi usaha mengumpul dana 'Wish For Rayyan' untuk membantunya mendapatkan rawatan.

Berita Harian (BH) telah menghubungi ibu Rayyan, Cik Nurdiana Rohop melalui telefon, namun panggilan itu dijawab oleh sepupunya yang mengenalkan diri dengan nama Emilia Nathasha.

Beliau berkata Cik Nurdiana masih terlalu sedih untuk bercakap dengan sesiapa.

Menurut beliau, Rayyan, anak keenam, didapati dalam keadaan tidak sedar diri di bilik tidur sekitar 10 pagi semalam.

"Kami tidak tahu apa terjadi dan menjumpainya dalam keadaan tidak sedar. Jadi kami terus menelefon ambulans dan Rayyan dibawa ke hospital," kata Cik Emilia.

Tambahnya, Rayyan kemudian disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital.

BH menerusi wawancara dengan Cik Nurdiana pada November lalu difahamkan bahawa penyakit yang dihidapi oleh Rayyan dilaporkan jarang berlaku dan ia membawa kepada kelemahan otot hingga menjejas pergerakannya dari masa ke masa.

Ia berpunca daripada pupusnya sel saraf yang dipanggil neuron motor yang mengawal pergerakan otot. Tanpa rawatan, otot Rayan akan menjadi semakin lemah sehinggalah otot itu mati.

Selain tidak dapat berjalan atau berdiri, dia juga akan menghadapi kesukaran bernafas, malah untuk makan sekalipun, buat seumur hidup.

Bagi mengubati keadaan Rayyan, pakar di Hospital Universiti Nasional (NUH) menyarankan preskripsi rawatan terapi Zolgensma dari Amerika Syarikat, yang menelan belanja $3.1 juta.

Suntikan pada urat diberi bagi kanak-kanak dengan atrofi otot spina dengan rawatan perlu dijalankan sebelum pesakit mencecah usia dua tahun.

Cik Emilia menjelaskan bahawa mereka masih belum dapat pengesahan untuk mengeluarkan maklumat lebih lanjut mengenai punca sebenar kematian Rayyan.

Hingga akhbar ini dicetak semalam, difahamkan bahawa jenazah masih berada hospital.

Menurut satu catatan di laman Instagram beberapa hari lalu, keluarga Allahyarham telah mengumpul sebanyak $1.1 juta menerusi wadah seperti GIVE.asia dan 'Wish For Rayyan'.

Cik Emilia berkata pihak keluarga belum dapat berkongsi rancangan mengenai dana yang dikumpulkan sejauh ini.

"Buat sementara ini saya tidak boleh berkata apa-apa lagi. Keluarga ini memerlukan masa dan ruang. Kami sangat bersedih.

"Sekiranya terdapat maklumat lanjut, kami akan memaklumkannya," kata Cik Emilia.


"Kita tidak tahu apa terjadi dan menjumpainya dalam keadaan tidak sedar. Jadi kami terus menelefon ambulans dan Rayyan dibawa ke hospital."
- Cik Emilia Nathasha, sepupu ibu Rayyan, Cik Nurdiana Rohop mengenai kejadian semalam. Rayyan disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3