Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beberapa anggota baru dipilih sertai lembaga eksekutif pertubuhan wanita, SCWO

Aug 19, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Eksekutif Ke-22 Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), yang dipilih semasa mesyuarat agung tahunannya (AGM) pada 25 Jun lalu, dianggotai dua wanita Melayu/Islam.



Mereka ialah Cik Noorfarahin Ahmad daripada Unit Wanita dan Keluarga Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) serta mantan presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad.



Cik Noorfarahin memainkan peranan sebagai Naib Presiden Pertama, manakala Cik Rahayu merupakan Penolong Setiausaha Kehormat dalam Lembaga Eksekutif Ke-22 SCWO yang akan berkhidmat selama dua tahun dari tahun ini hingga 2024.



Lembaga eksekutif itu akan dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Khidmat Kebajikan Methodist (MWS), Cik Junie Foo.



Ini merupakan penggal dua Cik Foo sebagai Presiden SCWO.



Menurut kenyataannya semalam, SCWO berkata Lembaga Eksekutif Ke-22 SCWO itu memaparkan wanita daripada pelbagai latar belakang dan pertubuhan anggotanya, dan ini mencerminkan matlamat SCWO.



"Secara individu, setiap daripada mereka membawa kepakaran masing-masing dalam industri yang berbeza untuk berkhidmat dan memupuk idea baru, rancangan dan pelaksanaan bagi pelbagai inisiatif yang diterajui SCWO.



"Lembaga yang baru ini akan terus mendekati pertubuhan anggota kami berhubung isu wanita untuk mencapai ruang, suara dan nilai yang sama bagi kaum Hawa," ujarnya.



SCWO ialah badan penyelaras kebangsaan pertubuhan wanita di Singapura, dengan lebih 60 pertubuhan ahli mewakili lebih 600,000 wanita di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >