Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas banduan, anak-anak sertai Lawatan Taman@Istana

Mar 14, 2021 | 5:30 AM
SESI BERCERITA DI ISTANA: Presiden Halimah Yacob membaca buku cerita kepada 28 bekas banduan wanita dan anak-anak mereka dalam rangka lawatan rombongan tersebut ke Istana. - Foto ZAOBAO
SESI BERCERITA DI ISTANA: Presiden Halimah Yacob membaca buku cerita kepada 28 bekas banduan wanita dan anak-anak mereka dalam rangka lawatan rombongan tersebut ke Istana. - Foto ZAOBAO -

SEWAKTU Riahna (bukan nama sebenar) berada dalam penjara pada 2019, beliau menulis kisah bertajuk 'Together We Grow' untuk mengingatkan dua anaknya bahawa beliau menyayangi mereka.

Dalam ceritanya, matahari dan hujan - melambangkan dua anak lelakinya, kini berusia enam tahun dan 10 tahun - menjaga anak benih dan memberinya kekuatan.

Beliau adalah 'anak benih' tersebut.

Semalam, Presiden Halimah Yacob membaca cerita itu kepada 28 bekas banduan wanita dan anak-anak mereka di Istana.

Kunjungan mereka itu merupakan Lawatan Taman@ Istana yang pertama dalam lebih setahun sejak Covid-19 melanda Singapura.

Buku 'Love Beyond The Walls', antologi 10 kisah yang ditulis oleh ibu-ibu yang sebelum ini dipenjarakan, dilancarkan di acara tersebut.

Badan amal New Life Stories, yang bekerjasama dengan ibu dalam penjara dan anak-anak mereka, membimbing para wanita itu dalam proses penulisan, mengumpulkan kisah-kisah itu dan menerbitkan buku tersebut.

Buku itu boleh dibeli di Giving.sg mulai semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg