Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pegawai Darul Islah dijel 16 minggu selepas minta rasuah dari 2 penghuni

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



SEORANG bekas pegawai operasi di Darul Islah, sebuah rumah peralihan kendalian Jamiyah Singapura, didapati telah menyalahguna kuasanya ke atas dua penghuni rumah tersebut.



Akibat tindakan itu, Ismadi Ishak, memperoleh rasuah sebanyak $1,850 daripada mereka.



Sebagai sebahagian daripada tugasnya, dia diamanahkan untuk menjaga keselamatan dan disiplin penghuni Rumah Peralihan Jamiyah selain diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman jika mereka melanggar peraturan.



Ismadi, 53 tahun, berdepan dengan masalah kewangan ketika dia meminta wang daripada dua mangsa terbabit.



Mereka bersetuju memberikan wang itu kerana takut akan tindakan susulan Ismadi seandainya tidak diberikan wang.



Semalam, Ismadi dijatuhkan hukuman penjara 16 minggu setelah mengaku bersalah ke atas empat tuduhan rasuah melibatkan $950.



Lima lagi tuduhan serupa melibatkan baki jumlah rasuah telah dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.



Ismadi, yang melakukan kesalahan itu dari April 2020 hingga Mac 2021, juga diperintahkan membayar denda $1,850 - jumlah rasuah yang diperoleh daripada pasangan berkenaan.



Kedua-dua lelaki itu telah diberi amaran keras berhubung peranan mereka dalam kesalahan Ismadi.



Timbalan Pendakwa Raya Tan Pei Wei berkata, rumah peralihan Darul Islah itu berfungsi sebagai pusat pemulihan bagi penyalahguna dadah sebelum mereka dibebaskan dan kembali semula ke dalam masyarakat.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan bagaimana kesalahan Ismadi terbongkar, tetapi dia didakwa di mahkamah pada 2022.



Semalam, DPP Tan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 19 minggu kepada Ismadi, sambil menambah:



"Mesej yang tegas harus diberikan kepada orang ramai bahawa kesalahan sedemikian tidak akan diterima, dan orang yang mempunyai kuasa ke atas banduan tidak akan menyalahgunakannya untuk keuntungan peribadi - jika tidak, keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran rumah peralihan akan terancam."



Ikat jamin Ismadi telah ditetapkan pada $5,000, dan dia disuruh menyerahkan diri di Mahkamah Negara pada 16 Januari untuk mula menjalani hukuman penjara. - The Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >